Majlis Jamuan Makan Malam Untuk Meraikan Tokoh Kemerdekaan Negara 2011

Tarikh : 8 November 2011 / 12 Zulhijjah 1432H
Tempat : City Bayview Hotel Pulau Pinang, Pulau Pinang
Masa : 8.00 Malam
Anjuran : Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
Bayaran : RM 20
Penerima Anugerah : Y. Bhg. Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, Presiden PEMENANG
Ringkasan Majlis
Penganugerahan sebagai Tokoh Kemerdekaan 2011 kepada Y. Bhg Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff oleh Kerajaan Malaysia pada 16 September 2011 yang disampaikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, Perdana Menteri Malaysia. Anugerah ini akan meningkatkan lagi perkhidmatan Y. Bhg. Dato’ Seri terhadap pembangunan sosial masyarakat Melayu di Pulau Pinang khasnya. Dengan penganugerahan Tokoh Kemerdekaan Negara kepada Y. Bhg. Dato’ Seri, PEMENANG sentiasa berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberi kesihatan yang baik, rahmat dan petunjuk-Nya kepada Y. Bhg Dato’ Seri untuk terus berkhidmat dan berani menyuarakan pendapat dan buah fikiran bagi meningkatkan taraf sosial masyarakat Melayu di negeri Pulau Pinang, agar setaraf dengan kaum-kaum lain.

Galeri Gambar Majlis