Majlis Makan Malam PEMENANG dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) 2011

Tarikh : 24 Disember 2011 / 28 Muharram 1433H
Tempat : Dewan Banquet, Kem Markas 2 Divisyen Infantri, Kem Tun Razak Bukit Gedung, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Masa : 8.00 Malam
Anjuran :
  • Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
  • Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
Penaja : Syarikat Idaman Pharma Sdn Bhd
Dihadiri Oleh :
  • TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
  • Y. A. Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor binti Shariff
Majlis Makan Malam PEMENANG & GAPENA 2011
Majlis Jamuan Makan Malam anjuran Jawatankuasa Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) adalah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 GAPENA dan Sambutan Menjelang Ulang Tahun Ke-85 PEMENANG. TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, dan Y. A. Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor binti Shariff telah sudi untuk berangkat hadir bagi menceriakan Majlis Jamuan Makan Malam ini.

Jamuan makan malam ini ditaja oleh Syarikat Idaman Pharma Sdn Bhd.Seramai kira-kira 200 orang jemputan telah hadir bagi memeriahkan majlis ini. GAPENA telah membawa seramai 9 orang penyair untuk menyampaikan syair dan gurindam, nyanyian lagu-lagu puisi, deklamasi puisi.Y. Bhg. Dato’ A. Aziz Deraman dan Y. Bhg. Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff juga telah mendeklamasikan puisi untuk tetamu-tetamu kehormat yang hadir. Persembahan muzil telah disampaikan oleh Orkestra Kopakabana dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Y. Bhg Tan Sri Profesor Emeritus Dato’ (Dr) Ismail Hussein – Ketua Satu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) telah dianugerahkan sebagai TOkoh PEMENANG sempena Sambutan Menjelang Ulang Tahun Ke-85 PEMENANG, dengan harapan beliau dilanjutkan usia dan sentiasa sihat dan bahagia. Syabas dan tahniah!

Leave a Reply