Larian Perpaduan 2012

Tarikh : 29 April 2012
Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands (PKSW), Jalan Padang Victoria, Pulau Pinang
Masa : 7:00 Pagi
Anjuran : Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP)
Pelepasan Oleh :
  • TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
  • Y. A. Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor binti Shariff
Larian Perpaduan 2012
Larian Perpaduan 2012 telah diadakan dengan jayanya pada 29 April 2012, bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands (PKSW), Jalan Padang Victoria, Pulau Pinang. Larian Perpaduan kali ini tertumpu kepada penyertaan seramai 2000 orang peserta dari sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Pulau Pinang. Majlis pelepasan larian telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y. A. Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor binti Shariff.Pengerusi dan Jawatankuasa Pengelola Larian Perpaduan 2013 mengucapkan terima kasih kepada penaja utama, iaitu Aliran Idaman Sdn Bhd dan roti bun dan air mineral sumbangan Patchee Bakery. Sumbangan t-shirt daripada Maybank Berhad dan Y. Bhg Dato’ Lam Wu Chong. Sumbangan hadiah sebuah motosikal Modenas pula diberikan oleh Tuan Haji Gulam Rusol Md Ismail, sumbangan basikal daripada Robert Borch dan Libraco, hadiah rantai dan anting-anting daripada The Jewelerist Sdn Bhd, dan baucar-baucar daripada hotel-hotel sekitar Pulau Pinang.

Galeri Gambar Larian Perpaduan 2012