Majlis Penyampaian Biasiswa PEMENANG & Menandatangaini MoA Projek Kecemerlangan Akademik (PeKA)

Tarikh      : 19 Julai 2012 / 29 Syaaban 1433 (Khamis)
Tempat    : Bangunan PEMENANG, Jalan PEMENANG, Pulau Pinang
Masa         : 5.15 Petang

Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mengukuhkan kerjasama melalui Projek Kecemerlangan Akademik (PeKA) yang dikhususkan kepada para pelajar sekolah di sekitar negeri ini.Kerjasama itu dimeterai melalui penandatanganan memorandum perj anjian (MoA) di antara USM yang diwakili Naib Canselor, Prof. Dato’ Omar Osman dan Pemenang, yang diwakili Presidennya, Dato’ Seri Mohd. Yussof Latiff.

Melalui kolaborasi itu, USM akan menawarkan khidmat tenaga pengajar bagi menjayakan kelas bimbingan akademik dengan penglibatan para pelajar pada setiap hujung minggu manakala Pemenang akan membiayai kos bagi menjayakan program tersebut. PeKA adalah satu projek khusus pemindahan ilmu yang akan memberi manfaat kepada para pelajar khususnya di peringkat sekolah menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan melalui aktiviti yang telah dirangka khusus dengan melibatkan penyertaan para pensyarah dan bakal-bakal guru dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM.

Turut hadir di majlis ini ialah Tan Sri Dato’ Seri Nor Mohamed Yakcop dan Y. Bhg Puan Sri Datin Seri Fawziah Begum Abu Bakar, Y. Bhg Prof Dato’ Dr Omar Osman dan isteri, Y. Bhg Prof Dr Abdul Rashid Mohamed, Y. Bhg Prof Abdul Malik, Encik Mohamad Abdullah dan beberapa orang jemputan khas lain. Majlis penandatanganan MoA itu turut disaksikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Abbas dan isteri , Y. A. Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor Binti Shariff.

Gambar-Gambar Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Projek Kecemerlangan Akademik (PeKA) antara PEMENANG dan USM

Senarai penerima Biasiswa Kenangan PEMENANG (2012)

  1. Nazatul Fareha Binti Md Nizam Khan (UIAM – Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan)
  2. Wan Ahmad Mudhakkir Bin Wan Baharuddin (UTHO – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik Penerbangan Profesional)
  3. Muhammad Azhar Bin Abd Gafar (UM – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan)
  4. Nur Hanis Binti Abu Hassan (UIAM – Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan)
  5. Wan Fathin Hani Binti Helmy (UIAM – Ijazah Sarjana Muda Optometri)
  6. Nur Ashikin Binti Mat Yusof (USM – Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan)

Gambar-Gambar Penerima Biasiswa Kenangan PEMENANG 2012

Leave a Reply