Majlis Rumah Terbuka PEMENANG – Sempena Sambutan Maal Hijrah (Awal Muharram 1434H)

Tarikh : 15 November 2012 / 1 Muharram 1434H
Tempat : Dewan Besar, Bangunan PEMENANG, No. 60 Jalan PEMENANG, Pulau Pinang
Anjuran : Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
Ucapan Oleh : Y. Bhg. Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, Presiden PEMENANG
Objektif :
  • Merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli PEMENANG
  • Penyampaian Anugerah Tokoh PEMENANG
Majlis Rumah Terbuka PEMENANG – Sempena Sambutan Maal Hijrah 1434H
Perayaan Hari Rumah Terbuka PEMENANG telah diadakan di Dewan Besar, Bangunan PEMENANG pada 15 November 2012 (Khamis) bersamaan 1 Muharram 1434H. Seramai kira-kira 300 orang tetamu telah hadir dalam perayaan tersebut. Tetamu yang hadir terdiri daripada ahli-ahli PEMENANG, dan keluarga masing-masing serta jemputan khas dan bekas-bekas Tokoh PEMENANG. Para tetamu telah dihidangkan dengan jamuan dan kuih muih.Dalam majlis ini, PEMENANG telah menganugerahkan 7 orang sebagai Tokoh PEMENANG dalam bidang tertentu. Tujuh orang tokoh ini telah dipilih untuk menerima penganugerahan pingat dan sijil penghargaan daripada PEMENANG bagi mengenangkan jasa-jasa mereka kepada masyarakat Melayu khasnya.Y. Bhg. Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, Presiden PEMENANG dalam ucapannya menyatakan bahawa majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara para ahli PEMENANG di samping berkenalan antara satu sama lain.
Senarai Penerima Anugerah Tokoh PEMENANG
  1. Y. Bhg. Prof Dato’ Dr Omar Osman; SSPJ
  2. Y. Bhg Dato’ Sulaiman Abdullah; DJMK
  3. Encik Ahmad Ramli; PJM
  4. Encik Abdul Fareed Abdul Gafoor; PKT, PJK
  5. Y. Bhg. Datuk Mohd Noor Hussain; DMSM, DJN, PKT
  6. Tuan Haji Abdul Aziz Haji Mohd Salih
  7. Puan Fatimah Md Yusoff; PJK

Tokoh maal hijrah 2012