Larian Perpaduan 2013

Tarikh : 24 Februari 2013
Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands (PKSW), Jalan Padang Victoria, Pulau Pinang
Masa : 6:00 Pagi
Anjuran : Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP)
Pelepasan Oleh :
  • TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
  • Y. A. Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor binti Shariff
Larian Perpaduan 2013
Larian Perpaduan 2013 telah diadakan dengan jayanya pada 24 Februari 2013, bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands (PKSW), Jalan Padang Victoria, Pulau Pinang. Larian Perpaduan kali ini tertumpu kepada penyertaan seramai 2000 orang peserta dari sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Pulau Pinang.Majlis pelepasan larian telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y. A. Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor binti Shariff.     Pengerusi dan Jawatankuasa Pengelola Larian Perpaduan 2013 mengucapkan terima kasih kepada penaja utama, iaitu Aliran Idaman Sdn Bhd dan roti bun dan air mineral sumbangan Patchee Bakery. Sebanyak 2 buah basikal sumbangan Tuan Haji Gulam Rusol Md Ismail (ASMANA Sdn Bhd), 2 buah basikal daripada Encik Suleiman Tunku Abdul Rahman, sebuah basikal sumbangan daripada Miss Goh (Quality Lifestyle), sebuah basikal sumbangan MPMNPP dan sebuah basikal sumbangan Encik Chew (Syarikat Formwork) dan baucer-baucer dari hotel-hotel sekitar Pulau Pinang.

larianvideo2013