PEMENANG (Puisi & Lagu: Ahmad Ramli)

PEMENANG
Nukilan Puisi dan Deklamasi: Ahmad Ramli

Langkahku langkah mulia
Jejakku jejak percaya
Nafasku deras menerpa
Inginku bangsa berjaya

Tersusun gagah wira satria
Menempah sejarah dihurai kata
Satu satu menabur jasa
Lagi jelas terang dimata

Di awal abad 20 bermula cerita
Melayu punya kesedaran nyata
Berpendidikan Inggeris menjadi punca
Terhasil pemimpin bijak berbicara

Keturunan India, Arab dan Acheh punya peranan
Hebat dalam arena perdagangan
Dalam beragama orang melayu berpendidikan
Mereka pendorong kepada penyatuan

Elit bangun gara-gara penjajah
Young Muslim Union tertubuh sudah
Kepentingan Melayu di sana singgah
Akhiri hasrat bersemangat gagah

4 petang 27 Mac 1927 yang lalu
Di rumah Tn Mohd Arif seorang hartawan ketika itu
Berhimpun cerdik pandai dan hartawan Melayu
Hasrta menubuh satu persatuan baru

PMA itulah namanya
Penang Malay Association tertubuh akhirnya
Hasil sepakat Melayu semasa
Bangsa elit bangsa agama bercantum rasa

9 Mei 1927 mesyuarat agung pertama
Dr AO Marican menjadi Yang Dipertua
Penaung pula orang orang hebat belaka
PMA sudah bersedia membela bangsa

Bising tidak bererti jaguh
Diam tidak bererti bodoh
Pada falsafah berpegang sungguh
Bersatu teguh bercerai roboh

Maka bercantum persatuan-persatuan Melayu yang ada
Ke dalam PMA supaya lebih bertenaga
Kuatlah kita untuk bersuara
Kepada Inggeris minta apa saja

Hasil usaha manusia gigih
Kamil Md Arif, Kpt Md Nor dan Kpt Syed Salleh
Tanah di Air Itam untuk diperoleh
Sebagai tanah simpanan Melayu untuk kita kelih

Penjajah Jepun melemahkan tubuh
PMA disekat hampir lumpuh
Tidak diberi kuasa ampuh
Namin semangat pemimpinnya tidak rapuh

Kembali Ingeris menjajah negara
PMA segar serba aneka
Namun Inggeris tak tengok saja
Melayu bersatu ditakuti mereka

Panjanglah helah menipu Raja
Jaga hal ehwal agama dan istitiadat Melayu saja
Di mana letak maruah kita
Lalu bangun tentang segara

PMA bukan melangkah kaku
Berbaris rapat bersentuh bahu
Memorendum disusul ke Bangsa -Bangsa Bersatu
Malayan Union menjadi seteru

Berkobar–kobar semangat membara
Melayu diperkuat politik bangsa
Berhimpunlah kecil besar tua muda
Lahirlah PEKEMBAR bakal pembela

PEKEMBAR itu UMNO
UMNO itu Melayu
“Yes or No”
Itu semua kita dah tahu
Ahli PMA ahli UMNO juga
Namun keahlian tidak lama
UMNO kuat dengan politiknya
Biarlah PMA pikul tanggungjawab sosial, masyarakat, agama, kebudayaan, kesenian bangsanya

PMA terus bergerak maju
Tertubuh Syarikat Koperasi Perumahan Melayu
Demi menampung keperluan bangsaku
Di kawasan bandar biarlah lebih maju

PMA berdiri terus bersemangat
Di bawah pimpinan Hj Mohd Nor Ahmad
Berubahlah nama PMA keramat
Setelah dipinda undang-undang berdaulat

Persatuan Melayu Pulau Pinang
Itulah nama sebenar PEMENANG
Di bawah teraju kepimpinan terbilang
Budi dan jasamu Melayu berhutang

Kini PEMENANG berwajah dinamik
Didokong pula pemimpin futuristik
Mengatur strategi setiap jam dan detik
Di bawah kepimpinan Dato Seri Hj Mohd Yusuf Latiff

Kini PEMENANG tersenyum reda
Tiada hutang sesen sesaga
Merealisasi rancangan yang diatur segera
Demi Melayu di tanah pusaka

Tn Dr.A.O Merican, Hon.Mohd Raus Chik, Tn.Dr Kamil Mohd Ariff,Tn. Sheik Ibrahim,
Tn Hj Shamsudin Mohd Yunus, Tn SM Yusuf, Tn CM Hashim ,Tn.KP Abu Bakar,Tn Yusuf Izuddin, Tn. Syed Said Aidid, Tn. SM Zainul Abidin, Tn Kpt Mohd Nor Mohamed, Tn.Hj GM Yusuf , Tn Syed Abas Al-Habshi, Tn. Mohd Nor Ahmad, Tn Hj Mohd Yusuf Abd Latiff , Tn Hj Ahmad Mokhtar Mohd Yusuff, Tn. Abdullah Yahya, Tn. Daud Miah, Tn Mohd Hashim Ahmad, Tn HR Pawanteh, Tn Hj Abdul Rahim Khan Abd Majid Khan, Tn Hj Aman Shah Bukhari, Tn Hj Azmi Merican Ibrahim Merican , Tn Hj Abu Bakar Hj Ismail, Tn. Sheik Mohd Sheikh Abdul Kadir dan mereka yang telah mencipta sejarah.

Kalian semua insan berjasa.
Terima kasih dari kami yang tempias dengan labanya.

 

PEMENANG adalah wadah dan warisan bangsa Melayu
PEMENANG akan melihat sosial dan kebajikan Melayu
PEMENANG akan menyekat kemuflisan budaya dan kesenian Melayu
PEMENANG akan mendaulat dan merperkasa Bahasa Melayu
PEMENANG akan mendokong amalan Islam yang suci
PEMENANG mengawasi tanah wakaf orang Islam
PEMENANG berada di belakang pelaksanaan undang-undang Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Kini sudah 87 tahun berlalu
Namun PEMENANG tetap dihati kita
PEMENANG akan terus menang


 

PEMENANG
Lagu & Senikata: Ahmad Ramli
Nyanyian & Muzik: Ahmad Ramli

Langkah ku langkah mulia
Jejakku jejak percaya
Nafasku deras menerpa
Inginku bangsa berjaya

Tersusun gagah wira satria
Menempah sejarah dihurai kata
Satu satu menabur jasa
Lagi jelas terang di mata

Persatuan Melayu Pulau Pinang
Itulah nama sebenar PEMENANG
Di bawah teraju kepimpinan terbilang
Budi dan jasamu Melayu berhutang

PEMENANG punya warisan
PEMENANG punya wawasan
PEMENANG akan terus di kenang
PEMENANG akan terus menang