Majlis Pelancaran Rasmi Buku Sejarah PEMENANG

Tarikh    : 27 Mac 2014 (25 Jamadil Awwal 1435)
Masa      : 10:30 pagi

Tempat : Pusat Tamadun Melayu Negeri Pulau Pinang, Jalan Hatin, Pulau Pinang

Pelancaran Oleh: TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas;
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

ATURCARA MAJLIS

10.30 Pagi : Ketibaan Tetamu-Tetamu Jemputan
11.00 Pagi : Keberangkatan tiba TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y. A. Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor Binti Shariff
  : Bacaan Doa oleh Y. Bhg Ustaz Haji Mohamad Saleh Bin Abdul Rahman, Imam Masjid Jalan Hatin
  : Ucapan oleh
Y. Bhg Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
  : Majlis Pelancaran Rasmi dimulakan
     
  : Gimik Pelancaran Buku Sejarah PEMENANG
    Perarakan Kumpulan Budaya Melayu Majlis Perbandaran Pulau Pinang berpakaian lengkap tradisional Melayu
    dengan membawa tombak mengiringi Buku Sejarah PEMENANG dari tapak di mana Persatuan Melayu Pulau Pinang telah diasaskan pada 27 Mac 1927 yang terletak di kawasan Sekolah Sri Tanjung yang sedia ada sekarang ini ke pentas Majlis Pelancaran Buku Sejarah PEMENANG di Pusat Tamadun Melayu Pulau Pinang dan diserahkan kepada Y. Bhg Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang untuk dipersembahkan kepada TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi pengisytiharan pelancaran Buku Sejarah PEMENANG.
     
 12.00 Tengahari : Jamuan Tengahari
 12.45 Tengahari : TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y. A. Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor Binti Shariff dan para tetamu meninggalkan majlis.

 


 

RENTETAN-RENTETAN KENANGAN DAN SEJARAH 
87 TAHUN PEMENANG SEBAGAI ASAS BAGI 
MENERUSKAN PERJUANGAN SERTA MENGUKUHKAN JATI DIRI BANGSA MELAYU YANG UNGGUL

  1. Berusaha/Berjaya Mengujudkan Tanah Simpanan Melayu di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang (semasa penjajah Inggeris) pada tahun 1928.
  2. Berjaya sebagai salah sebuah Persatuan / Pertubuhan yang mengasas dan menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu PEKEMBAR/UMNO pada tahun 1946.
  3. Berjaya mengasas dan menubuhkan Koperasi Perumahan Orang-Orang Melayu Berhad pada tahun 1964.
  4. Berjaya memiliki dan mendirikan Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang di Jalan Macalister, Pulau Pinang pada tahun 1979.
  5. Berjaya menganugerah Tokoh-Tokoh dalam berbagai-bagai bidang Kemasyarakatan sempena sambutan MAAL HIJRAH AWAL MUHARRAM tiap-tiap tahun semenjak tahun 1985.
  6. Berjaya mengasas dan menubuhkan Syarikat PIEMPIPI (PEMENANG) Berhad untuk pembangunan ekonomi orang-orang Melayu Pulau Pinang serta menambah pemilikan Hartanah Orang-Orang Melayu Pulau Pinang pada tahun 1996.
  7. Berjaya mengasas dan menubuhkan Tabung Biasiswa Kenangan PEMENANG sempena Ulangtahun Ke-70 PEMENANG untuk dianugerahkan kepada Anak-Anak Melayu Kelahiran Pulau Pinang dalam bidang pendidikan pada tahun 1997.
  8. Berjaya menubuh dan memiliki sebuah Bangunan Banglo di No. 60, Jalan Cantonment, 10250 Pulau Pinang (sekarang dinamakan Jalan PEMENANG) untuk Pusat Pentadbiran PEMENANG.
  9. Berjaya menukar dan menamakan sebahagian daripada Jalan Cantonment kepada Jalan PEMENANG, Pulau Pinang (di mana terletaknya Bangunan PEMENANG sekarang) pada tahun 1994.
  10. Berjaya mengasas dan menubuhkan Gabungan Persatuan-Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang pada tahun 2003.
  11. Berjaya mengasas dan menubuhkan Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang pada tahun 2003.
  12. Berjaya mengasas dan menubuhkan Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang pada tahun 2003.
  13. Berjaya mengasas serta mempelopori Penubuhan Muzium Khazanah Melayu / Jawi Peranakan yang sekarang ini dikenali sebagai Pusat Tamadun Melayu Negeri Pulau Pinang pada tahun 2007.
  14. Berjaya merancang dengan tujuan untuk mendirikan BANDAR WARISAN MELAYU Pulau Pinang di Bandaraya George Town Pulau Pinang pada tahun 2011.
  15. Berjaya menerusi Syarikat PIEMPIPI (PEMENANG) Berhad. Membeli serta merancang untuk Mendirikan WISMA PMPP di Jalan Argyll, Pulau Pinang Bangunan 8 Tingkat dengan kerjasama Rakan Pintar Amanah Raya Berhad (ARE) bermula pada tahun 2010.
  16. Berjaya dengan sokongan Persatuan Ibubapa/Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa menamakan Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa Pulau Pinang dengan Nama SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.RAMLEE PULAU PINANG pada tahun 2011,
  17. Berjaya mengasas dan menubuhkan KELAB PEMINAT P.RAMLEE PULAU PINANG pada tahun 2011.
  18. Berjaya dengan kerjasama Ahli-Ahli Sejarah Melayu dan Ahli-Ahli Profesional Melayu untuk mengasas dan menubuhkan PERTUBUHAN AMANAH WARISAN MELAYU PULAU PINANG bagi memelihara dan memulihara Warisan dan Sejarah Melayu Pulau Pinang pada tahun 2012.
  19. Berjaya mengujudkan satu Projek Kecemeriangan Akademik (PeKA) untuk memben tuisyen kepada PelajarPslajar Melayu yang miskin dengan pemb^ayaan Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan Tenaga Pcngajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2012.
  20. Berjaya mengemukakan cadangan kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya Kerajaan Malaysia bersetuju menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan nama “JAMBATAN TUANKU ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH” Semasa Majlis Perasmian Jambatan Kedua pada 1 Mac, 2014.Berjaya menerbitkan Buku Sejarah PEMENANG dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sempena Menyambut Ulangtahun Yang Ke-87 PEMENANG. Pelancaran Rasmi oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang disempumakan pada 27 Mac 2014.

Leave a Reply