Upacara Ibadah Qurban 1435 H / 2014 M

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) akan mengadakan Upacara Qurban pada Hari Raya Kedua Aidil Adha tahun 2014 /1435.

PEMENANG saperti biasa akan mengadakan Majlis Qurban di Perkarangan Wisma Yatim Perempuan Islam, 79 Jalan Scotland, 10450 Pulau Pinang dengan dihadiri oleh semua penghuni kedua-dua Wisma Yatim Islam Pulau Pinang pada hari tersebut.

PEMENANG telah menetapkan bahawa satu bahagian (tompok) adalah bernilai RM500.00. Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Puan Sri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang bercadang untuk melakukan lbadah Qurban adalah diminta menghubungi Urusetia PEMENANG (04-227 3092) atau dengan menggunakan Borang Penyertaan Qurban yang boleh dimuat turun seperti di bawah.

Semoga amalan baik yang kita lakukan ini akan diterima dan diberkati Allah S.W.T. lnsya’Allah.

Muat turun Borang Penyertaan:
Acrobat (.pdf)   |    Microsoft Word (.doc)    |    Imej (.jpg)

Leave a Reply