Majlis Jamuan Makan Malam Silatulrahim Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435 H / 2014 M

Tarikh : 4 Ogos 2014 / 8 Syawal 1435 H (Isnin)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : The Gurney Resort Hotel & Residence, 18 Persiaran Gurney, 10250 Georgetown, Pulau Pinang
Anjuran : Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
Tetamu Kehormat · Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
· Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor Binti Shariff
Turut Hadir : · Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, Presiden PEMENANG
· YB Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 1
· Y. Bhg. Datin Nor Azizah Binti Haron
· YB Puan Hajjah Nancy Haji Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/ Puan Sri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) pada tahun ini akan mengadakan satu Majlis Jamuan Makan Malam Silatulrahim Sempena Hari Raya Aidilfitri 1435/2014 bertempat di The Gurney Resort Hotel & Residence, 18 Persiaran Gurney, 10250 Georgetown, Pulau Pinang pada Hari Isnin, 4 Ogos, 2014 bersamaan 8 Syawal 1435 mulai jam 8.00 malam.

Tujuan utama diadakan Majlis Jamuan Makan Malam ini ialah untuk mengeratkan lagi Silatulrahim dan Muhibbah diantara kita sekalian sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Pemimpin-pemimpin masyarakat, orang-orang kenamaan dan ahli-ahli PEMENANG serta orang-orang Melayu dan bukan Melayu dijemput hadir memeriahkan majlis ini. Wakil-wakil dari pertubuhan-pertubuhan kaum di Pulau Pinang turut dijemput hadir bersama-sama bagi merapatkan muhibbah antara kaum di Negeri ini.

PEMENANG juga akan meraikan anak-anak yatim dari pertubuhan-pertubuhan berikut:

Istimewa

  • Cabutan Nombor Bertuah
  • Persembahan Muzik dan Boria Asli OMARA

Persatuan ini telah bersetuju menetapkan bayaran seperti berikut:

kad-550

Kad-kad Jemputan ke Majlis boleh didapati daripada:

  • Urusetia PEMENANG di Pejabat Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Bangunan PEMENANG, No. 60, Jalan PEMENANG, 10250 Pulau Pinang
  • Ahli-ahli Jawatankuasa PEMENANG

Kad-kad Jemputan ke Majlis juga boleh didapati daripada:

  • Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd. Yussof Latiff          – Presiden PEMENANG
  • Y. Bhg. Dato’ Haji Azmi Merican                                            – Timbalan Presiden PEMENANG
  • Y. Bhg. Dato’ Abdul Rashid bin Ismail                                 – Naib Presiden PEMENANG
  • Puan Hajjah Azizah bt. Haji Md. Daud                                 – Naib Presiden PEMENANG
  • Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Ahmad                         – Naib Presiden PEMENANG
  • Y. Bhg Dato’ Haji Shaik Mohamed Shaik Abdul Kadir    – Setiausaha Kehormat PEMENANG

Sekianlah dimaklumkan dan diucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan YBhg.Tan Sri Dato’ Seri/Datin Seri/ Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menjayakan Majlis ini sangatlah diharapkan.

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”


ATURCARA MAJLIS

aturcara

Leave a Reply