Pertandingan Bola Sepak Perpaduan 7 Sebelah 2015 – Bagi Merebut Perisai Perpaduan “Unity Challenge Sheild”

Tarikh : 7 – 8 Februari 2015
Tempat* : Padang Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, Pulau Pinang
Masa : 8:00 Pagi (mula)
Anjuran : Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP)
dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
Disokong Oleh : Khazanah Nasional Berhad
Perasmian Oleh : Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad
Penyampaian Hadiah Oleh : Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal
Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM)

 Muat Turun Borang Penyertaan:  MS Word (.doc)  | Acrobat (.pdf)
(borang penyertaan boleh di’emel’ kepada: pemenang@pemenang.org.my , manakala bayaran yuran penyertaan boleh dijelaskan semasa Majlis Taklimat pada 28 Januari 2015.)

1. Nama Pertandingan
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak Perpaduan 7 Sebelah Tertutup Pulau Pinang PERISAI PUSINGAN PERPADUAN ”UNITY CHALLENGE SHIELD” TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG.

2. Penganjur
Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPN).

3. Kelayakan Mengambil Bahagian:
Pasukan-Pasukan/Kelab-Kelab Yang tersebut Di Bawah Ini Layak Menyertai/Mengambil Bahagian.
3.1 Pasukan yang berdaftar dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang (FAP)/Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis, Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah dan Bola Sepak Negeri Perak
3.2 Pasukan dari Persatuan/Pertubuhan Etnik Kaum Negeri Pulau Pinang yang menganggotai Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang adalah layak mengambil bahagian
3.3 Lain-lain Persatuan/Kelab Negeri-Negeri Utara Malaysia/Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

4. Perisai/Hadiah: 
Perisai Pusingan Perpaduan “UNITY CHALLENGE SHIELD” adalah Hak MAJLIS PERUNDINGAN MUHIBBAH NEGERI PULAU PINANG.

Selain daripada hadiah iringan, Sijil Penyertaan, hadiah-hadiah wang tunai akan diberikan kepada pasukan yang berjaya seperti berikut:

hadiah bola

5. Jadual/Tarikh Pertandingan
5.1 Tarikh Pertandingan: 8 Februari 2015
5.2 Jadual Pertandingan akan dimaklumkan kepada Ketua Pasukan yang mengambil bahagian sebelum tarikh pertandingan.

*6. Tempat
Tempat Pertandingan akan dimaklumkan sebelum Pertandingan diadakan.

7 . Undang-Undang dan Syarat-Syarat Pertandingan
7.1 Kejohanan ini akan dimainkan mengikut Undang-Undang dan Peraturan Permainan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kecuai yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
7.2 Kejohanan ini terhad kepada mana-mana Kelab dan Persatuan yang berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, Persatuan-Persatuan/Kelab-Kelab yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia,
Persatuan/Pertubuhan Etnik Kaum yang menganggotai Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang,
Qaryah-Qaryah Masjid dan JKKK dalam Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Semua pemain mestilah Warganegara Malaysia.
7.3 Pemain yang sedang digantung oleh mana-mana Pasukan Bola Sepak Negeri adalah tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
7.4 Setiap pasukan harus mendaftar 10 orang pemain sahaja, iaitu 7 orang pemain dan 3 orang simpanan.
7.5 Pemain yang berdaftar sahaja boleh bermain dan setiap pemain hanya dibenarkan untuk mewakili satu pasukan sahaja. Sekiranya seseorang pemain didapati tidak berdaftar atau bermain untuk lebih dari satu pasukan, maka pasukan-pasukan yang diwakilinya akan dibatalkan serta merta. Semua keputusan pertandingan yang telah dimain dan perlawanan yang akan dimainkan oleh Pasukan itu dikira terbatal.
7.6 Masa setiap perlawanan adalah 7.1.7 minit.
7.7 Dalam perlawanan kalah keluar, sekiranya seri pada masa sepenuhnya, maka sepakan penalti sebanyak 3 kali akan diadakan bagi menentukan pemenang. Jika seri lagi, ia akan diteruskan dengan sepakan penalti secara “sudden death” dan lambungan syiling 3 kali akan dijalankan.
7.8 Semua Pasukan dikehendaki untuk bersedia 10 minit sebelum pertandingan bermula mengikut jadual yang ditetapkan. Sebaliknya, Pasukan yang telah bersedia di padang untuk bermain akan dikira menang percuma dengan 3 mata dan jaringan 3-0. Setiap pasukan mesti menurunkan sekurang-kurangnya 7 pemain untuk
sesuatu perlawanan.
7.9 Sistem pertukaran pemain adalah secara “rolling substitute”. Setiap pertukaran pemain mesti melalui meja teknikal.

8. Sistem Pertandingan
Bagi peringkat awal, sistern pertandingan adalali secara liga 1 pusingan dalam kumpulan. Di pusingan kedua dan selanjutrrya adalah secara kalah keluar.

9. Penentuan Pemenang Kumpulan
Di dalam perlawanan liga, pengiraan mata akan mengikut fonnat MENANG 3 MATA, SERI 1 MATA dan KALAH 0 MATA. Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai pencapaian mata yang sama pada akhir pertandingan, maka pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang lebih tinggi akan menduduki tempat teratas. Sekiranya sama lagi, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol akan diambil kira lebih tinggi. Jika masih terdapat persamaan, maka keputusan perlawanan diantara kedua-kedua pasukan yang berkenaan akan diambil kira. Jikalau masih tidak dapat keputusan, Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan akan membuat keputusan dan keputusannya adalah muktamad.

10. Pengadilan
Semua perlawanan akan diadili oleh Pengadil-Pengadil yang bertauliah. Keputusan Pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan terhadap keputusan pengadil tidak akan dilayan.

11. Penggantungan Pemain
11.1 Pemain yang menerima 2 kad kuning akan digantung satu perlawanan berikut yang melibatkan pasukannya. Untuk itu, pemain yang sudahpun menerima 2 kad kuning dan penggantungan satu perlawanan, akan menerima penggantungan satu perlawanan bagi setiap satu kad kuning yang diterimanya selepas itu.
11.2 Pemain yang menerima kad merah secara otomatik akan digantung satu perlawanan berikut yang melibatkan pasukannya. Mana-mana pemain yang menerima 2 kad merah akan dibatalkan penyertaannya dari pertandingan ini.
11.3 Mana-mana pasukan yang menurunkan pemain yang telah digantung, maka pasukan itu akan dikira kalah bagi
permainan itu dengan kiraan 3-0.

12. Bantahan
Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengerusi Pertandingan oleh Pengurus Pasukan serta merta selepas tamat perlawanan dengan disertai wang tunaisebanyak RM300.00. Wang ini tidak akan dikembalikan sekiranya keputusan mengenai bantahan tersebut ditolak.

13. Tangunggiawab Pegawai dan Pemain
13.1 Semua pegawai dan pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah di atas kerelaan dan risiko sendiri. Pihak Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kerosakan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa ataupun selepas kejohanan ini.
13.2 Adalah menjadi tanggungjawab Semua Pegawai Pasukan terhadap tindakan dan salahlaku Penyokong Pasukan.
13.3 Pasukan yang bertindak kasar terhadap Pengadil atau mana-mana Pegarwai Pertandingan akan disingkirkan terus dari menyertai pertandingan ini. Pemain-pemain yang terlibat akan dirujukan kepada Jawatankuasa Disiplin Persatuan-Persatuan Bola Sepak Negeri masing-rnasing.

14. Hak Jawatankuasa Penganjur
Pihak Jawatankuasa Penganjur mempunyai kuasa dan hak mutlak untuk membuat pindaan atas mana-mana syarat pertandingan demi untuk melicinkan Pertandingan ini. Pihak Penganjur juga berhak untuk membatalkan mana-mana permainan sekiranya terdapat pergaduhan atau berkelakuan kurang sopan semasa perlawanan dijalankan atau atas sebab-sebab yang munasabah dalam pendapat Jawatankuasa Penganjur.

15. Jersi
Setiap pasukan dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya dua set jersi. Sekiranya terdapat persamaan warna jersey, pasukan yang disenaraikan kemudian perlu menukar jersi mereka. Setiap pemain mestilah menggunakan nombor jersi yang sama disepanjang kejohanan ini.

16. Penyertaan
16.1 Yuran Penyertaan adalah RM50.00 satu pasukan. Yuran ini hendaklah dijelaskan samada dalam bentuk Wang Pos atau Cek atas nama Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang.
16,2 Pendaftaran Pasukan mesti menggunakan borang yang disediakan oleh pihak Penganjur yang disertai bersama-sama ini dan kembalikan kepada:
alamt
16.3 Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebab.

17. Tarikh Tutup
17.1 Pada Hari Rabu, 28 Januari, 2015.

18. Jadual Perlawanan
18.1 Jadual Pertandingan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan dan keputusannya adalah mukamad.
18.2 Jadual perlawanan akan diberikan kepada semua Pengwus pasukan semasa taklimat. Jadual ini juga akan dipaparkan di khemah Urusetia di padang pertandingan.

19. Mailis Taklimat
Taklimat untuk semua Pengurus dan Ketua Pasukan akan diadakan pada Hari Rabu, 28 Januari 2015, Jam 3.30 petang di Unit Sukan JPN Pulau Pinang, Pusat Kecemerlangan Sukan Westland, Jalan Padang Victoria, 10400 PulauPinang.

20. Mailis Perasmian Pembukaan dan Penyampaian Hadiah
20.1 Majlis Perasmian Pembukaan akan dimaklumkan kelak.
20.2 Tempat Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah untuk Pertandingan ini akan diumumkan kelak.

Urusetia Pertandingan Bola Sepak Perpaduan 7 Sebelah “UNITY CHALLENGE SHIELD” 2015 adalah di alamat:

alamat2

yellow-red-arrow-down Muat Turun Borang Penyertaan:  MS Word (.doc)  | Acrobat (.pdf)
(borang penyertaan boleh di’emel’ kepada: pemenang@pemenang.org.my , manakala bayaran yuran penyertaan boleh dijelaskan semasa Majlis Taklimat pada 28 Januari 2015.)

Bagi Kategori Pelajar Sekolah: http://msspp.com/index11.php

 JADUAL PERTANDINGAN

bola2

Gambar Majlis Pelancaran

IMG_0078
Ucapan Aluan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP)
IMG_0088
Ucapan pelancaran disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Nor Mohamed Yakcop, Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad

IMG_0160

IMG_0155
Pelancaran oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Nor Mohamed Yakcop, Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad

Pertandingan Akhir

DSCN4561
Johan Kategori Terbuka (Pasukan Vasco Da Gama A)
DSCN4564
Johan Kategori Bawah 18 Tahun (SMK Mutiara Impian, Nibong Tebal)
DSCN4559
Johan Kategori Bawah 15 Tahun (SMK Khir Johari, Sungai Petani)
DSCN4558
Johan Kategori Bawah 12 Tahun (SK Pauh Jaya)