Larian Perpaduan 2015

Tarikh : 8 Februari 2015 (Ahad)
Masa : 7:00 Pagi
Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands (PKSW), Jalan Padang Victoria, Pulau Pinang
Anjuran : Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang
Dengan Kerjasama : Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang & Khazanah Nasional Berhad
Pelepasan Oleh : Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad

 

Muat turun borang penyertaan:

Format Borang:        MS Word (.doc)    |         Acrobat (.pdf)

Pelajar Sekolah: Sila daftar melalui sekolah masing-masing atau layari www.msspp.com untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan

Tarikh Tutup Permohonan: 28 Januari 2015 (Rabu)

Peta Laluan Larian

Klik gambar untuk besarkan Peta Laluan

 

Objektif

  • Menggalakkan aktiviti kecergasan di kalangan masyarakat di samping mengeratkan silaturahim antara kaum

TARIKH / MASA & LOKASI

8 Februari 2015 (Ahad), 6.00 Pagi
MULA / TAMAT : 
Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands (PKSW), Jalan Padang Victoria, Pulau Pinang

KATEGORI & JARAK

a) Pelajar sekolah (hendaklah mendaftar melalui sekolah masing-masing atau layari www.msspp.com (Larian Perpaduan)) :

  1. Lelaki 12 TKB                   (3 km)
  2. Perempuan 12 TKB       (3 km)
  3. Lelaki 15 TKB                 (6.5 km)
  4. Perempuan 15 TKB      (6.5 km)
  5. Lelaki 18 TKB                 (6.5 km)
  6. Perempuan 18 TKB     (6.5 km)

b) Daftar melalui borang penyertaan (Terbuka – 18 Tahun Ke Atas)

  1. Lelaki Terbuka                (6.5 km)
  2. Wanita Terbuka             (6.5 km)
  3. Lelaki Veteran                (6.5 km)
  4. Wanita Veteran              (6.5 km)

YURAN PENYERTAAN
a) Pelajar sekolah hendaklah mendaftar melalui sekolah
b) Penyertaan Kategori Terbuka RM15 (seorang)
Bayaran melalui Cek / Wang Pos hendaklah dibuat di atas nama “MAJLIS PERUNDINGAN MUHIBBAH NEGERI PULAU PINANG”

BORANG PENYERTAAN

Borang penyertaan boleh didapati di lokasi berikut: 

  1. Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
    60, Jalan PEMENANG, 10250 Pulau Pinang.
    Tel : 04-227 3092 Fax : 04-228 3937
  2. Pondok Pengawal
    Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands,
    Jalan Padang Victoria, Pulau Pinang

PENDAFTARAN / NO. PESERTA

Borang pendaftaran (bersama yuran penyertaan) yang lengkap hendaklah dihantar kepada:
Urusetia
d/a Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
60, Jalan PEMENANG, 10250 Pulau Pinang.
Tel: 04-227 3092 Fax: 04-228 3937
LAPOR DIRI DI

PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN WESTLANDS, 
JALAN PADANG VICTORIA, PULAU PINANG

Tarikh : 8 Februari, 2015 (Ahad)
Masa : 6.00 pagi – 7.00 pagi

HADIAH

  1. Tempat 1 hingga ke-30 untuk kategori L12, P12, L15, P15, L18 dan P18 akan menerima pingat.
  2. Tempat 1 hingga ke-15 untuk kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka dan Tempat 1 hingga ke-10 untuk kategori Lelaki Veteran dan Wanita Veteran akan menerima pingat.
  3. Trofi tambahan akan diberi kepada tempat pertama hingga ke-6 setiap kategori.
  4. Sijil penyertaan dan kupon cabutan bertuah akan diberi kepada semua peserta yang menamatkan larian.

CABUTAN BERTUAH
* Basikal
* Beberapa hadiah istimewa lain juga disediakan.
KESELAMATAN
Semua peserta bertanggungjawab keatas keselamatan diri. Pihak penganjur akan menyediakan kemudahan keselamatan dan pertolongan cemas. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan harta benda, kemalangan, kecacatan, kecederaan, kematian dan lain-lain pada, sebelum atas selepas acara ini.

Muat turun borang penyertaan:

Format Borang:        MS Word (.doc)    |         Acrobat (.pdf)

larian1

Galeri Gambar

DSCN4449
Upacara pelepasan larian disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Nor Mohamed Yakcop, Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad
DSC_0330
Ucapan Aluan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP)
DSCN4430
Seramai lebih 4,000 orang peserta menyertai acara Larian Perpaduan 2015 yang terdiri daripada pelbagai kategori untuk pelajar sekolah dan terbuka
DSCN4497
Hadiah berupa trofi, pingat, sijil serta pelbagai hadiah khas cabutan bertuah untuk para peserta larian
DSC_0403
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Nor Mohamed Yakcop turut menyumbangkan dan menyampaikan sumbangan ikhlas bagi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah televisyen LED kepada peserta bertuah
DSCN4448
Antara kenamaan yang turut hadir ialah Y. Bhg. Dr. Hjh. Sharifah Bee binti Aboo Bakar (Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang) dan Y. Bhg Dato’ Haja Najmudeen Kader