Majlis Perasmian Galeri PEMENANG

Tarikh : 27 Mac 2015 (Jumaat) | 6 Jamadil Akhir 1436 H
Masa : 4:30 Petang
Tempat : No. 60 Bangunan PEMENANG, Jalan PEMENANG, Pulau Pinang
Pelancaran Rasmi Oleh : Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia

 

 

ddd

RENTETAN-RENTETAN  KENANGAN – KENANGAN SEJARAH, 88 TAHUN PEMENANG SEBAGAI ASAS BAGI MENERUSKAN PERJUANGAN SERTA MENGUKUHKAN JATI DIRI, BANGSA MELAYU YANG UNGGUL

 

  1. Berusaha / Berjaya Mengujudkan Tanah Simpanan Melayu di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang (semasa penjajah lnggeris) pada tahun1928.
  1. Berjaya sebagai salah sebuah Persatuan / Pertubuhan yang mengasas dan menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO pada tahun 1946
  1. Berjaya mengasas dan menubuhkan Koperasi Perumahan Orang-Orang Melayu Berhad pada tahun 1964
  1. Berjaya memiliki dan mendirikan Bangunan Persatuan Melayu pulau Pinang di Jalan Macalister, Pulau pinang pada tahun 1979
  1. Berjaya menganugerah Tokoh-Tokoh dalam berbagai-bagai bidang Kemasyarakatan sempena sambutan MAAL HIJRAH AWAL MUHARRAM semenjak tahun 1985
  1. Berjaya mengasas dan menubuhkan Syarikat PIEMPIPI(PMENANG) Berhad untuk pembangunan ekonomi orang-orang Melayu Pulau Pinang serta menambah pemilikan Hartanah orang-orang Melayu Pulau Pinang  pada tahun 1996.
  1. Berjaya mengasas dan menubuhkan Tabung Biasiswa Kenangan PEMENANG untuk dianugerahkan kepada Anak-Anak Melayu Kelahiran Pulau Pinang dalam bidang pendidikan pada tahun 1997.
  1. Berjaya menubuh dan memiliki sebuah Bangunan Bangalo di No 60 Jalan Cantonment,10250 Pulau Pinang (sekarang dinamakan Jalan PEMENANG) untuk Pusat Pentadbiran PEMENANG.
  1. Berjaya menukar dan menamakan sebahagian daripada Jalan Cantonment kepada Jalan PEMENANG,Pulau Pinang (dimana terletaknya Bangunan PEMENANG sekarang) pada tahun 1994.
  1. Berjaya mengasas dan menubuhkan Gabungan Persatuan-Persatuan Kebudayan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang pada tahun 2003.
  1. Berjaya mengasas dan menubuhkan Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang pada tahun 2003.
  1. Berjaya mengasas dan menubuhkan Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang pada tahun 2003.
  1. Berjaya mengasas serta mempelupori Penubuhan Muzium Khazanah Melayu/Jawi Peranakan yang sekarang ini dikenali sebagai Pusat Tamadun Melayu Negeri Pulau Pinang pada tahun 2007
  1. Berjaya merancang dengan tujuan untuk mendirikan BANDAR WARISAN MELAYU Pulau Pinang di Bandar Raya George Town Pulau Pinang pada tahun 2011
  1. Berjaya menerusi Syarikat PIEMPIPI(PEMENANG) Berhad. Membeli serta merancang untuk Mendirikan WISMA PMPP di Jalan Argyll,Pulau Pinang Bangunan 8 Tingkat dengan kerjasama Rakan Pintar Amanah Raya Berhad(ARB) bermula pada tahun 2010
  1. Berjaya dengan sokongan Persatuan Ibubapa/Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa menamakan Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa Pulau Pinang dengan Nama SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.RAMLEE PULAU PINANG pada tahun 2011
  1. Berjaya mengasas dan menubuhkan KELAB PEMINAT P.RAMLEE PULAU PINANG pada tahun 2011
  1. Berjaya dengan kerjasama Ahli-Ahli Sejarah Melayu dan Ahli –Ahli Profesional Melayu untuk mengasas dan menubuhkan PERTUBUHAN AMANAH WARISAN MELAYU PULAU PINANG (PEWARIS) bagi memelihara dan memulihara Warisan dan Sejarah Melayu Pulau Pinang pada tahun 2012
  1. Berjaya mengujudkan satu Projek Kecemerlangan Akademik (PeKA) untuk memberi tuisyen kepada Pelajar-Pelajar Melayu yang miskin dengan pembiayaan Persatuan Melayu Pulau Pinang(PEMENANG) dan Tenaga Pengajar dari Universiti Sains Malaysia(USM) pada tahun 2012
  1. Berjaya mengemukakan cadangan kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya Kerajaan Malaysia bersetuju menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan nama “JAMBATAN TUANKU ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH” Semasa Majlis Perasmian Jambatan Kedua pada 1 Mac,2014.
  1. Berjaya menerbitkan Buku Sejarah PEMENANG dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris  sempena Menyambut Ulangtahun yang Ke- 87 PEMENANG  . Pelancaran Rasmi oleh TYT Tun Dato Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas , Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang disempurnakan pada 27 Mac 2014
  1. Berjaya mengujudkan satu Program CSR RECSAM 2014,iaitu Bantuan Tuisyen untuk mata pelajaran Sains dan Matermatik kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan pembiayaan daripada Dana Kebajikan PEMENANG dan Tenaga Pengajar dari Seameo,RECSAM,Pulau Pinang Majlis Menandatangan Perjanjian (M.O.A) Program CSR diantara Seameo,RECSAM / PEMENANG disaksikan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas- Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pada 5 Jun 2014
  1. Berjaya mengujudkan sebuah Galeri PEMENANG ,sempena Menyambut Ulangtahun Yang Ke -88 PEMENANG

Pelancaran Rasmi oleh Y. Bhg Tan Seri Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia Pada 27 Mac 2015.