Kenyataan Sidang Akhbar – Tanah Lot 536,537,832 Sek 10, DTL Persiaran Perak Pulau Pinang (29 Julai 2015)

Syarikat Nusantara Pulau Pinang Berhad yang telah diasaskan oleh Kerajaan untuk kepentingan Bumiputra dengan tujuan untuk meningkatkan ekonomi orang-orang Melayu Khasnya yang tinggal dalam Bandaraya Georgetown. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1980.

Pada tahun 1982 Syarikat ini telah membeli sebidang tanah Lot 536,537,832 Sek. 10 DTL Georgetown Pulau Pinang yang mengandungi lebih kurang 7 ekar (259,296 Kaki Persegi) dengan harga RM10.5 Juta untuk pembangunan secara tersusun bagi faedah orang-orang Melayu Bandar setelah berjayanya Syarikat Nusantara membangunan 240 unit rumah dan unit kedai di Jalan Makloom, Sungai Pinang Pulau Pinang yang diberi nama Taman Nusantara.

Pembelian tanah ini dengan harga RM36.00 satu kaki persegi berjumlah RM10,641,.600 yangmana RM1,604,160 bersamaan 10% telah dibayar oleh Syarikat Nusantara Dan baki 90% bayarannya iaitu RM9,577,440 telah dibayar menerusi pinjaman dari Syarikat Boon Siew Finance Berhad.

Pada awalnya, pelan bagi pembinaan 678 yunit felat dan kedai mengikut kiraan 100 yunit seeker telah diluluskan pada tahun 1985 oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Oleh kerana kegawatan ekonomi pada tahun 1985-1988, maka cadangan projek ini telah terhenti disebabkan pinjaman dari Bank bagi kos pembinaannya tidak dapat dipertimbangkan.

Pada tahun 1986, cadangan asal pembinaan projek ini telah dipinda dengan mengemukakan pelan pindaan kepada Majlis Perbandaraan Pulau Pinang untuk pembinaan sebanyak 1,656 yunit felat 2 bilik dan 3 bilik dan ruang perniagaan seluas 170,000 kaki persegi, 72 yunit kedai-kedai penjaja dan tempat letak kereta seluas 140,000 kaki persegi.

Cadangan pindaan pelan ini telah diluluskan oleh Majlis Perbandaraan Pulau Pinang pada tahun 1987 atas syarat yang paling istemewa untuk kepentingan Bumiputra.

Sungguhpun pelan pembangunan projek ini telah diluluskan pada tahun 1987 akan tetapi sehingga tahun 1992, Syarikat Nusantara telah tidak dapat mengusahakan tanah tersebut sunggupun segala usaha untuk mendapat pinjaman dari berbagai-bagai pihak telah dibuat dan telah tidak berjaya. Syarikat juga telah gagal menunaikan bayaran faedah kepada Syarikat Boon Siew Finance Berhad sehingga pinjaman asal sebanyak RM9,577,440 telah meningkat berlipat ganda menjadi RM22,699,326-36 setakat bulan Ogos 1991.

Syarikat Boon Siew Finance Berhad telah memohon kepada Mahkamah untuk melelong tanah tersebut pada 2 kali lelongan. Setelah gagal mendapat “bidder” sebanyak 2 kali lelongan bagi melelongkan tanah tersebut secara “Lelongan Awam” dengan harga simpanan (reserved price) sebanyak RM14.5 juta, lelongan kali ketiga telah diadakan pada 18 November 1992 dan Syarikat Boon Siew Finance Berhad telah membeli tanah tersebut dengan harga RM14.5 juta.dengan menggunakan sebuah Syarikat majority Bumiputra Kenanga Mekar Sdn Bhd (KMSB) bagi mengekalkan status kelulusan istimewa projek tersebut atas kepentingan Bumiputra. Syarikat Kenanga Mekar Sdn Bhd (KMSB) adalah sebuah anak Syarikat Yayasan Bumiputra Pulau Pinang (YBPP) yang ditubuhkan pada 11 Ogos 1992

Pemegang saham asal (selepas Subscription Shareholders) untuk 2,999,998 saham yang diterbitkan pada 16 November 1992 adalah seperti berikut:

Kumpulan Pinang Sdn Bhd : 1,529,999 (51.1%) Saham (Kepunyaan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang)
Oriental Realty Sdn Bhd : 1,469,999 (48.9%) Saham (Kepunyaan majority Boon Siew)

Diatas kedudukan KMSB sebagai sebuah syarikat berstatus milikan majority Bumiputra, pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (Pada ketika itu) telah memberikan kelulusan plot ratio yang lebih tinggi.

Selepas memperolehi kelulusan plot ratio yang lebih tinggi,tiba-tiba pemilikan saham KMSB telah berubah.

Menurut carian yang terkemudian dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) pada 28-3-1996 pegangan saham dalam KMSB telah berubah seperti Berikut:

Oriental Realty Sdn Bhd : 1,530.000 Saham (51%)
Kumpulan Pinang Sdn Bhd : 1,470.00 Saham (49%)

Kemudiannya pada 2-9-2004 kesemua 17,000.000 saham terbitan KMSB dimiliki oleh Oriental Realty Sdn Bhd.

Pada tahun 2012 Kenaga Mekar Sdn Bhd telah dimiliki sepenuhnya oleh Oriental Realty Sdn Bhd setelah Kumpulan Pinang Sdn Bhd (Pemengang Saham Bagi Pihak YBPP) menyerahkan/menjualkan eguitinya kepada Oriental Realty Sdn Bhd dengan hanya mengambil balik Wang sahamnya sebanyak RM1.529.999 juta termasuk faedah-faedah yang terakru.

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yang diamanahkan oleh Yayasan Bumiputra telah hanya mengambil balik RM1.5 juta pada hal ketika itu tanah sebanyak 7 ekar (259,296 kaki persegi) adalah bernilai lebih kurang RM400.00 sekaki persegi berjumlah lebihkurang RM120 juta.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bumiputra Pulau Pinang yang diamanahkan menjaga kepentingan Bumiputra Pulau Pinang dengan hanya mengambil balik ekutinya sebanyak RM1.529.999 bersama faedah yang terakru telah memecahkan amanah dan/atau tanggungjawab fidisuari mereka dan/atau kecuaian mereka yang telah mengakibatkan kehilangan kewangan sebanyak RM61.2 Juta iaitu dengan tidak mengambil kira nilaian hartanah tersebut menurut harga pasaran terbuka pada ketika itu yang bernilai sebanyak lebihkurang RM120 juta iaitu (RM400.00 sekaki persegi 259,296 kaki persegi – RM120 juta)

Dengan perilaku pecah amanah dan fraud yang dilaku olih Pengarah Syarikat YBPP, kepentingan Bumiputra dalam kumpulan Syarikat Kenanga Mekar Sdn Bhd telah kerugian sebanyak lebihkurang RM61.2 juta (iaitu 51% daripada RM120 juta)

Kesimpulan daripada Laporan yang tersebut di atas maka Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang (IKATAN) NGO-NGO Melayu Bukan Kerajaan serta Individu-Individu Bumiputra mencadangkan seperti berikut:

  1. Meminta supaya Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang yang mempunyai “ Locus Standi ” atas YBPP bertindak segera untuk membuat Laporan kepada Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
  1. Menulis surat secara rasmi kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk membatalkan kelulusan Pelan Bangunan yang telah diluluskan pada tahun 1987 atas nama Syarikat Nusantara Bhd dan Kenanga Mekar Sdn Bhd iaitu kelulusan yang telah diberikan kerana status projek tersebut tidak lagi berstatus milik majority Syarikat Bumiputra.
  1. Mengemukakan tindakan Mahkamah kepada Lembaga Pengarah Yayasan Bumiputra oleh kerana telah cuai dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan pecah amanah sehingga mengkibatkan kerugian yang besar kepada Bumiputra Pulau Pinang.

29 Julai 2015, Pulau Pinang

 div

Berita Harian-30 Julai 2015
Keratan Akhbar Berita Harian 30 Julai 2015 – UMNO diminta campur tangan

div

 

Rakaman Berita RTM TV1 – “UMNO PULAU PINANG DIMINTA CAMPUR TANGAN”

 

Leave a Reply