Upacara Ibadah Qurban 1436 H / 2015 M

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) akan mengadakan Upacara Qurban pada Hari Raya Ke-3 Aidil Adha (26 September 2015) tahun 2015 /1436 H.

PEMENANG saperti biasa akan mengadakan Majlis Qurban di Perkarangan Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, 79 Jalan Scotland, 10450 Pulau Pinang dengan dihadiri oleh semua penghuni kedua-dua Wisma Yatim Islam Pulau Pinang pada hari tersebut.

_____________________________________

Butiran Upacara Qurban:
Tarikh:
26 September 2015 (Hari raya AidilAdha ke-3)
Tempat:
Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, 79 Jalan Scotland, Pulau Pinang

Bayaran:
RM 550 (1 tompok/bahagian)

_____________________________________

PEMENANG telah menetapkan bahawa satu bahagian (tompok) adalah bernilai RM550.00. Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Puan Sri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang bercadang untuk melakukan lbadah Qurban adalah diminta menghubungi Urusetia PEMENANG (04-227 3092) atau dengan menggunakan Borang Penyertaan Qurban yang boleh dimuat turun seperti di bawah. Borang penyertaan yang lengkap boleh diserahkan di pejabat PEMENANG bersama bayaran RM550.00

Semoga amalan baik yang kita lakukan ini akan diterima dan diberkati Allah S.W.T. lnsya’Allah.

Muat turun Borang Penyertaan:
Acrobat (.pdf)   |    Microsoft Word (.doc)    |    Imej (.jpg)

Leave a Reply