Pantun: Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 / 2015 IKATAN

Oleh: Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff
Presiden
Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang (IKATAN)
________________________________________­_______________

Pantun disampai, perhatian dipinta,
Adat dan resam, seni dan budaya,
Kata-kata di susun madah ditinta,
Melestarikan Bahasa Ibunda sesungguh terdaya.

Kepada Allah kita sama-sama pohonkan,
Menyemarakkan IKATAN terus digiatkan,
Berpaksikan perpaduan mohon dilimpahkan,
Maruah bangsa berazam dikekalkan.

Bersatu kita menatang teguh,
Menjadikan perpaduan kita tonggak yang ampuh,
Lambang kedaulatan bangsa Melayu yang utuh,
Seia sekata Melayu bersatu kukuh.

Di gulong benang digulung tali,
Di rajuk benang buat selendang,
Hak dan Kepentingan Melayu diambil peduli,
Semoga maruah bangsa tinggi dipandang.

_____________________________________________________

 

[ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-12 / 2015 ] IKATAN KELAB-KELAB MELAYU NEGERI PULAU PINANG (IKATAN)
Tarikh: 20 September 2015
Hari: Ahad
Masa: 10:30 Pagi
Tempat: Dewan Bangunan PEMENANG, No. 60 Jalan PEMENANG, Pulau Pinang

Leave a Reply