Pantun: PANTUN AGM PEMENANG KE-86

Oleh: Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff

13 September 2015
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-86 PEMENANG
________________________________________­_______________

PANTUN AGM PEMENANG KE -86

1) Menanti sesuatu yang tidak penghujung,
Rintik gerimis panas menyusul,
Harapan dan hajat tak kunjung-kunjung,
Bak sakitnya badan seperti dipukul.

2) Tanam cempedak diluar kota,
Tumbuh rendang condong ke desa,
Menguji pemimpin bukan dengan harta,
Jujur beramanah berbudi bahasa.

3) Jika ketokohan pemimpin hendak diabadi,
Jujur dan ikhlas sifat menjadi,
Biar basah jika nak bermandi,
Bukan seperti air di daun keladi.

4) Kilat bersabung sepanjang hari,
Di selat barat tongkang berlabuh,
Harapan PEMENANG teguh berdiri,
Harapan rakyat tumpang berteduh.

5) Kiambang bertaut, akar melata,
Sedang selasih mencari tumpang,
Apa yang dikata hendaklah dikota,
Janji dan amanah wajib dipegang.

6) Rendang sungguh pohon rambutan,
Di tepi paya di tengah hutan,
Jujur dan amanah bukan sekadar sebutan,
Ianya hendaklah diterjemah dengan perbuatan.

7) Ajaran guru hendaklah dipatuhi,
Sebagai amanah untuk kejayaan,
Hasrat dan dengki mestilah dijauhi,
Aman, damai, sejahtera kemakmuran.

Leave a Reply