Pertandingan Bola Sepak Perpaduan 7 Sebelah 2017 – Bagi Merebut Perisai Perpaduan “Unity Challenge Shield”

Tarikh : 19 Februari 2017 (Ahad)
Tempat* : Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, Pulau Pinang
Masa : 7:30 Pagi (mula)
Anjuran : Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPN)
Penaja Utama : UEM Group Berhad

 Muat Turun Borang Penyertaan:  MS Word (.doc)  | Acrobat (.pdf)
(borang penyertaan yang telah lengkap diisi boleh di’emel’ kepada: pemenang@pemenang.org.my , manakala bayaran yuran penyertaan boleh dijelaskan semasa Majlis Taklimat pada 14 Februari 2017 (Selasa) di Persatuan Melayu Pulau Pinang)

1. Nama Pertandingan
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak Perpaduan 7 Sebelah Tertutup Pulau Pinang PERISAI PUSINGAN PERPADUAN ”UNITY CHALLENGE SHIELD” TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG.

2. Penganjur
Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPN).

3. Kelayakan Mengambil Bahagian:
Pasukan-Pasukan/Kelab-Kelab Yang tersebut Di Bawah Ini Layak Menyertai/Mengambil Bahagian.
3.1 Pasukan yang berdaftar dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang (FAP)/Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis, Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah dan Bola Sepak Negeri Perak
3.2 Pasukan dari Persatuan/Pertubuhan Etnik Kaum Negeri Pulau Pinang yang menganggotai Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang adalah layak mengambil bahagian
3.3 Lain-lain Persatuan/Kelab Negeri-Negeri Utara Malaysia/Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

4. Perisai/Hadiah: 
Perisai Pusingan Perpaduan “UNITY CHALLENGE SHIELD” adalah Hak MAJLIS PERUNDINGAN MUHIBBAH NEGERI PULAU PINANG.

Selain daripada hadiah iringan, Sijil Penyertaan, hadiah-hadiah wang tunai akan diberikan kepada pasukan yang berjaya seperti berikut:

5. Jadual/Tarikh Pertandingan
5.1 Tarikh Pertandingan: 19 Februari 2016
5.2 Jadual Pertandingan akan dimaklumkan kepada Ketua Pasukan yang mengambil bahagian sebelum tarikh pertandingan.

6. Tempat
Tempat Pertandingan akan dimaklumkan sebelum Pertandingan diadakan.

7 . Undang-Undang dan Syarat-Syarat Pertandingan
7.1 Kejohanan ini akan dimainkan mengikut Undang-Undang dan Peraturan Permainan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kecuai yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
7.2 Kejohanan ini terhad kepada mana-mana Kelab dan Persatuan yang berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, Persatuan-Persatuan/Kelab-Kelab yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia,
Persatuan/Pertubuhan Etnik Kaum yang menganggotai Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang,
Qaryah-Qaryah Masjid dan JKKK dalam Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Semua pemain mestilah Warganegara Malaysia.
7.3 Pemain yang sedang digantung oleh mana-mana Pasukan Bola Sepak Negeri adalah tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
7.4 Setiap pasukan harus mendaftar 10 orang pemain sahaja, iaitu 7 orang pemain dan 3 orang simpanan.
7.5 Pemain yang berdaftar sahaja boleh bermain dan setiap pemain hanya dibenarkan untuk mewakili satu pasukan sahaja. Sekiranya seseorang pemain didapati tidak berdaftar atau bermain untuk lebih dari satu pasukan, maka pasukan-pasukan yang diwakilinya akan dibatalkan serta merta. Semua keputusan pertandingan yang telah dimain dan perlawanan yang akan dimainkan oleh Pasukan itu dikira terbatal.
7.6 Masa setiap perlawanan adalah 7.1.7 minit.
7.7 Dalam perlawanan kalah keluar, sekiranya seri pada masa sepenuhnya, maka sepakan penalti sebanyak 3 kali akan diadakan bagi menentukan pemenang. Jika seri lagi, ia akan diteruskan dengan sepakan penalti secara “sudden death” dan lambungan syiling 3 kali akan dijalankan.
7.8 Semua Pasukan dikehendaki untuk bersedia 10 minit sebelum pertandingan bermula mengikut jadual yang ditetapkan. Sebaliknya, Pasukan yang telah bersedia di padang untuk bermain akan dikira menang percuma dengan 3 mata dan jaringan 3-0. Setiap pasukan mesti menurunkan sekurang-kurangnya 7 pemain untuk
sesuatu perlawanan.
7.9 Sistem pertukaran pemain adalah secara “rolling substitute”. Setiap pertukaran pemain mesti melalui meja teknikal.

8. Sistem Pertandingan
Bagi peringkat awal, sistern pertandingan adalali secara liga 1 pusingan dalam kumpulan. Di pusingan kedua dan selanjutnya adalah secara kalah keluar.

9. Penentuan Pemenang Kumpulan
Di dalam perlawanan liga, pengiraan mata akan mengikut fonnat MENANG 3 MATA, SERI 1 MATA dan KALAH 0 MATA. Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai pencapaian mata yang sama pada akhir pertandingan, maka pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang lebih tinggi akan menduduki tempat teratas. Sekiranya sama lagi, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol akan diambil kira lebih tinggi. Jika masih terdapat persamaan, maka keputusan perlawanan diantara kedua-kedua pasukan yang berkenaan akan diambil kira. Jikalau masih tidak dapat keputusan, Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan akan membuat keputusan dan keputusannya adalah muktamad.

10. Pengadilan
Semua perlawanan akan diadili oleh Pengadil-Pengadil yang bertauliah. Keputusan Pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan terhadap keputusan pengadil tidak akan dilayan.

11. Penggantungan Pemain
11.1 Pemain yang menerima 2 kad kuning akan digantung satu perlawanan berikut yang melibatkan pasukannya. Untuk itu, pemain yang sudahpun menerima 2 kad kuning dan penggantungan satu perlawanan, akan menerima penggantungan satu perlawanan bagi setiap satu kad kuning yang diterimanya selepas itu.
11.2 Pemain yang menerima kad merah secara otomatik akan digantung satu perlawanan berikut yang melibatkan pasukannya. Mana-mana pemain yang menerima 2 kad merah akan dibatalkan penyertaannya dari pertandingan ini.
11.3 Mana-mana pasukan yang menurunkan pemain yang telah digantung, maka pasukan itu akan dikira kalah bagi
permainan itu dengan kiraan 3-0.

12. Bantahan
Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengerusi Pertandingan oleh Pengurus Pasukan serta merta selepas tamat perlawanan dengan disertai wang tunaisebanyak RM300.00. Wang ini tidak akan dikembalikan sekiranya keputusan mengenai bantahan tersebut ditolak.

13. Tangunggiawab Pegawai dan Pemain
13.1 Semua pegawai dan pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah di atas kerelaan dan risiko sendiri. Pihak Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kerosakan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa ataupun selepas kejohanan ini.
13.2 Adalah menjadi tanggungjawab Semua Pegawai Pasukan terhadap tindakan dan salahlaku Penyokong Pasukan.
13.3 Pasukan yang bertindak kasar terhadap Pengadil atau mana-mana Pegarwai Pertandingan akan disingkirkan terus dari menyertai pertandingan ini. Pemain-pemain yang terlibat akan dirujukan kepada Jawatankuasa Disiplin Persatuan-Persatuan Bola Sepak Negeri masing-rnasing.

14. Hak Jawatankuasa Penganjur
Pihak Jawatankuasa Penganjur mempunyai kuasa dan hak mutlak untuk membuat pindaan atas mana-mana syarat pertandingan demi untuk melicinkan Pertandingan ini. Pihak Penganjur juga berhak untuk membatalkan mana-mana permainan sekiranya terdapat pergaduhan atau berkelakuan kurang sopan semasa perlawanan dijalankan atau atas sebab-sebab yang munasabah dalam pendapat Jawatankuasa Penganjur.

15. Jersi
Setiap pasukan dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya dua set jersi. Sekiranya terdapat persamaan warna jersi, pasukan yang disenaraikan kemudian perlu menukar jersi mereka. Setiap pemain mestilah menggunakan nombor jersi yang sama disepanjang kejohanan ini.

16. Penyertaan
16.1 Yuran Penyertaan adalah RM50.00 satu pasukan. Yuran ini hendaklah dijelaskan samada dalam bentuk Wang Pos atau Cek atas nama Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang.
16.2 Pendaftaran Pasukan mesti menggunakan borang yang disediakan oleh pihak Penganjur yang disertai bersama-sama ini dan kembalikan kepada:

16.3 Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebab.

Muat Turun Borang Penyertaan:  MS Word (.doc)  | Acrobat (.pdf)
(borang penyertaan boleh di’emel’ kepada: pemenang@pemenang.org.my , manakala bayaran yuran penyertaan boleh dijelaskan semasa Majlis Taklimat pada 14 Februari 2017)

17. Tarikh Tutup
17.1 Pada Hari Selasa, 14 Februari 2017.

18. Jadual Perlawanan
18.1 Jadual Pertandingan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan dan keputusannya adalah mukamad.
18.2 Jadual perlawanan akan diberikan kepada semua Pengwus pasukan semasa taklimat. Jadual ini juga akan dipaparkan di khemah Urusetia di padang pertandingan.

19. Mailis Taklimat
Taklimat untuk semua Pengurus dan Ketua Pasukan akan diadakan pada Hari Selasa, 14 Februari 2017, Jam 5.00 petang di Persatuan Melayu Pulau Pinang, Bangunan PEMENANG, No. 60, Jalan PEMENANG, 10250 Pulau Pinang.

20. Mailis Perasmian Pembukaan dan Penyampaian Hadiah
20.1 Majlis Perasmian Pembukaan akan dimaklumkan kelak.
20.2 Tempat Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah untuk Pertandingan ini akan diumumkan kelak.

Urusetia Pertandingan Bola Sepak Perpaduan 7 Sebelah “UNITY CHALLENGE SHIELD” 2017 adalah di alamat:

yellow-red-arrow-down Muat Turun Borang Penyertaan:  MS Word (.doc)  | Acrobat (.pdf)
(borang penyertaan boleh di’emel’ kepada: pemenang@pemenang.org.my , manakala bayaran yuran penyertaan boleh dijelaskan semasa Majlis Taklimat pada 14 Februari 2017)

Bagi Kategori Pelajar Sekolah: http://msspp.com/index11.php

SENARAI PEMENANG

Kategori Terbuka

Johan: ERY FC ‘B’
Naib Johan: UKAS ‘A’
Ke-3: Vasco Da Gama ‘B’
Ke-4: Young Muslim FC ‘A’

Kategori Bawah 18 Tahun

Johan: SMK Guar Perahu ‘A’
Naib Johan: SMK Khir Johari ‘B’
Ke-3: SMK Mutiara Impian
Ke-4: SMK Kulim ‘A’
Ke-5: SMK Sungai Ara ‘A’
Ke-6: SMK Kulim ‘B’
Ke-7: SMK Jit Sin
Ke-8: SMK Al-Mashoor ‘C’

Kategori Bawah 15 Tahun

Johan: SMK Mutiara Impian
Naib Johan: SMK Khir Johari ‘B’
Ke-3: SMK Raja Tun Uda
Ke-4: SMK Guar Perahu
Ke-5: SMK Penang Free ‘A’
Ke-6: SMK Bayan Lepas ‘A’
Ke-7: SMK Khir Johari ‘A’
Ke-8: SMK Guar Perahu ‘A’

Kategori Bawah 12 Tahun

Johan: SK Sungai Dua ‘A’
Naib Johan: SK Stowell ‘A’
Ke-3: SK Mohd Shah ‘A’
Ke-4: SK Padang Tembak
Ke-5: SK Sungai Ara
Ke-6: SK Tok Bedor
Ke-7: SK Tan Sri Awang Had Salleh
Ke-8: SK Baling

Galeri Gambar

Facebook album: https://www.facebook.com/pg/PEMENANG1927/photos/?tab=album&album_id=795976793884710