Majlis Jamuan Makan Malam Silatulrahim Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 / 2017

Tarikh : 5 Julai 2017 / 11 Syawal 1438 H (Rabu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Grand Ballroom, Penang Golf Club (Bukit Jambul Country Club), 2, Jalan Bukit Jambul, Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Anjuran : Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
Tetamu Kehormat · Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
· Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor Binti Shariff
Turut Hadir : · Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, Presiden PEMENANG

YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/ Puan Sri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMENANG seperti tahun-tahun sebelumnya akan mengadakan Majlis Makan Malam Silatulrahim Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438/2017.

Majlis Jamuan Makan Malam ini bertujuan mengeratkan lagi silatulrahim dan muhibbah antara kita sekalian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Kenamaan yang dijangka hadir:

– Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haij Abdul Rahman bin Haji Abbas
– Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor bt. Shariff

– YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
– YABhg. Puan Betty Chew Gek Cheng
– YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 1
– YBhg Datin Nor Azizah Binti Haron
– serta beberapa kenamaan lain

Bayaran:

– PEMENANG menetapkan bayaran sebanyak RM60.00 seorang.
– Tempahan “Meja Khas” untuk 10 orang berharga RM2,000.00 dan RM1,000.00 bagi setiap meja juga boleh dibuat (dikecualikan daripada cukai pendapatan)

Kad-kad Jemputan ke Majlis boleh diperolehi daripada:

– YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff (Presiden PEMENANG)
– YBhg. Dato’ Abdul Rashid bin Ismail (Timbalan Presiden PEMENANG)
– Puan Hajjah Azizah bt. Haji Md. Daud (Naib Presiden PEMENANG)
– YBhg. Dato’ Haji Abdullah bin Mohd Sultan (Naib Presiden PEMENANG)
– Encik Tahir Jalaluddin bin Hussain (Naib Presiden PEMENANG)
– YBhg. Dato’ Haji Shaik Mohamed Shaik Abdul Kadir (Setiausaha Kehormat PEMENANG)

Kad-kad juga boleh didapati daripada Ahli-ahli Jawatankuasa PEMENANG dan Urusetia PEMENANG.

Maklumat Lanjut:

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
Bangunan PEMENANG,
No. 60, Jalan PEMENANG,
10250 Pulau Pinang.

Telefon: 04-227 3092