Upacara Ibadah Qurban 1438 H / 2017 M

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) akan mengadakan Upacara Qurban pada Hari Raya Ke-2 Aidil Adha (2 September 2017) tahun 2017 /1438 H.

PEMENANG seperti biasa akan mengadakan Majlis Qurban di Perkarangan Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, 79 Jalan Scotland, 10450 Pulau Pinang dengan dihadiri oleh semua penghuni kedua-dua Wisma Yatim Islam Pulau Pinang pada hari tersebut.

_____________________________________

Butiran Upacara Qurban:

Tarikh:
2 September 2017 (Hari Raya AidilAdha ke-2)
Tempat:
Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, 79, Jalan Scotland, 10450 Pulau Pinang

Bayaran:
RM 700 (1 tompok/bahagian)

_____________________________________

PEMENANG telah menetapkan bahawa satu bahagian (tompok) adalah bernilai RM 700.00. YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Puan Sri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang bercadang untuk melakukan lbadah Qurban adalah diminta menghubungi Urusetia PEMENANG untuk pembayaran.

Semoga amalan baik yang kita lakukan ini akan diterima dan diberkati Allah S.W.T. lnsya’Allah.

Muat turun Borang Penyertaan:

Acrobat (.pdf)   |    Microsoft Word (.doc)    |    Imej (.jpg)