TEMASYA SUKAN PEMENANG (TENPIN BOLING)

Tarikh    : 18 November 2018 (Ahad)
Masa     : 10:00 Pagi
Tempat : Megalane Super Bowl Centre, Prai

 

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

YURAN PENYERTAAN
• Yuran penyertaan adalah seperti berikut : RM 120 satu pasukan (Yuran penyertaan tidak termasuk kemudahan kasut boling)
• Yuran Penyertaan boleh dibayar secara : TUNAI

KELAYAKAN
• Penyertaan terhad berdasarkan kepada “First come first serve basis”
• Semua penduduk negeri Pulau Pinang berbangsa Melayu berumur 15 tahun ke atas.
• Pasukan mestilah mendaftar atas nama kampung-kampung di Pulau Pinang dan Seberang Perai Sahaja.

SISTEM PERTANDINGAN
• Terhad kepada 40 pasukan sahaja.
• Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pemain (lelaki/wanita).
• Pemain wanita akan diberi 7 handicap.
• Setiap pemain akan bermain sebanyak 3 permainan secara berkumpulan.
• Johan keseluruhan pasukan akan ditentukan berdasarkan jatuhan pin tertinggi.
• jika terdapat persamaan jatuhan pin, pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah
• jatuhan pin bagi permainan terakhir.

SYARAT-SYARAT KEJOHANAN
• Undang-undang kejohanan boling ini adalah berdasarkan syarat-syarat yang sering
• digunapakai dalam permainan boling.
• Sebarang perselisihan teknikal akan dirujuk dan diputuskan oleh Jawatankuasa Kejohanan
• Segala keputusan Jawatankuasa Kejohanan adalah muktamad.

Muat Turun Borang Penyertaan:

Format Borang:        MS Word (.doc)    |         Acrobat (.pdf)