Mesyuarat Agung Tahunan Ke-90 Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)

Tarikh : 4 Mei 2019 / 28 Syaaban 1440 (Sabtu)
Masa : 10:00 Pagi
Tempat : Dewan Bangunan PEMENANG, No. 60, Jalan PEMENANG, Pulau Pinang

Agenda

1. Nyanyian Lagu PEMENANG
2. Bacaan Doa
3. Ucapan YBhg Presiden PEMENANG
4. Membentang dan mengesahkan minit-minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
5. Membentang Penyata Tahunan 2018/2019
6. Membentang dan mengesahkan Penyata Kira-kira PEMENANG Bagi Tahun 2018
7. Membentang dan mengesahkan Penyata Kira-kira Tabung Biasiswa Kenangan PEMENANG Bagi Tahun 2018
8. Membentang Penyata Kira-Kira Syarikat PIEMPIPI PEMENANG Berhad bagi Tahun 2018
9. Melantik seorang Pengerusi Tetap bagi tempoh 2 tahun (2019 -2021)
10. Melantik Pegawai-Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Persatuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal 14.1 bagi tempoh 2 tahun (2019 – 2021)
11. Menimbang dan meluluskan peruntukan sebanyak tidak melebihi RM 200,000.00 setahun untuk perbelanjaan penyelenggaraan bangunan-bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang
12. Membincangkan perkara-perkara yang diberitahu dengan bersurat kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan
13. Tangguhan Mesyuarat