Dr. Haja Mohaideen Bin Haji Abu Backer (Tokoh Sukan)

haja-main-slide

Dr Haja Mohaideen Bin Haji Abu Becker atau lebih dikenali sebagai Grand Master Dr Haja Mohaideen telah dilahirkan diPulau Pinang pada 19 Januari 1969 beliau telah mendapat Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Francis Light pada tahun 1976 dan selepas itu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Westland pada tahun 1983 dan kemudiannya ke Vanto Academy pada tahun 1986.

Dr. Haja Mohaideen telah memperolehi Diploma Sound Music Production Engineering oleh Digital Music dan Ijazah Doktor Falsafah (Martial Arts) dari Asia Pacific Open Unversity pada tahun 2015.

Dr. Haja Mohaideen adalah seorang yang telah banyak melibatkan dirinya dalam Badan-Badan Seni Silat dan Mempertahankan diri. Antara Badan-Badan yang beliau menganggotai adalah:

(a) Majlis Pendekar Malaysia sebagai Timbalan Presiden
(b) Pertubuhan Pencinta Seni Tekpi Malaysia Sebagai Presiden
(c) Persatuan Bina Badan Melayu Pulau Pinang sebagai Yang DiPertua
(d) World Self Defense Federation
(e) Ketua Jurulatih Malaysia dalam Seni Nippon Kubudo Jikishin-Kai International
(f) Pemengang Black Belt In The Martial Art Of Muscski- Ryu- The Internasional Budo Association dan banyak lagi Pertubuhan-Pertubuhan yang beliau libatkan dirinya.
Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai seorang Tokoh Wajadiri Negeri Pulau Pinang dan dilantik aebagai Ahli Majlis dan Penasihat Wajadiri Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Dr.Haja Mohaideen adalah seorang yang telah banyak melibatkan dirinya dalam Seni Mempertahankan Diri Seperti:

1. Karate Budokan International
2. Silat Tapak Seratus
3. Silat Sabil Indera Sakti
4. Perguruan Senjata
5. Dan Lain-Lain

dsc_2688-small