meerasa-main-slide

Encik Meerasa Mastan telah dilahirkan pada 29 Februari,1952 di 106A,Jalan Sungai Pinang Pulau Pinang.Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Tan Sri P.Ramlee dari 1958 hingga 1964 dan kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi dari tahun 1965 hingga 1969. Selepas tamat pengajian Menengah beliau telah berkhidmat di Jabatan Perikanan Pulau Pinang dan kemudiannya di Jabatan Perkhidmatan Pos hingga bersara pada tahun 2009 sebagai penyelia.

Encik Meerasa Mastan adalah seorang yang dikenali ramai di Kampong Dodol dan kawasan sekitarnya dan menyandang beberapa jawatan penting dalam Badan-Badan Kebajikan dan Kemasyarakatan antaranya:

(a) Timbalan Yang Dipertua Majlis Kesetiaan Melayu Pulau Pinang (MKM)
(b) Pengerusi Persatuan Penduduk Kawasan Kampong Dodol
(c) Bendahari Lembaga Tadbir Madrasah Daud Al-Islamiah Kampong Dodol
(d) Ahli Jawatankuasa Sukan PEMENANG dan Pemeriksa Kira-Kira PEMENANG dan lain-lain Badan Kebajikan

Beliau juga adalah seorang yang tidak mengira penat lelah dalam menjalankan kerja-kerja Kebajikan Pendidikan dan Agama dan terlibat bagi menganjur dan mengadakan kelas Al-Quran dan Fardu – Ain. Kelas Tusyen,Program Jangka Masa Panjang kelas PREP (Kelas Ualangkaji dan menyiap kerja-kerja sekolah dirumah kepada murid-murid Sekolah yang tinggal di Kampong Dodol dan kawasan sekitar secara percuma) dan banyak lagi program yang berfaedah untuk penduduk kampong.

Atas jasa-jasa ini, Encik Meerasa Mastan telah dianugerahkan dengan Bintang-Bintang Kehormat seperti berikut:

1. Pingat Jasa Masyarakat (PJM) – 1986
2. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) – 1990
3. Pingat Kelalukan Terpuji – 2015

dsc_2708-small