nasir-main-slide

Encik Mohd Nasir Bin Abd Wahab atau lebih dikenali sebagai Nassier Wahab telah dilahirkan pada 18 April 1962 dan dibesarkan di Butterworth, Beliau telahmendapat pendidikan di Sultan Ibrahim Secondary School,St Mark Secondary School dan seterusnya melanjutkan pelajaraanya di Joseph Chamberlain College Bimingham England dalam jurusan Music Theory and Teohnology.Beliau bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian dan lakonan malah berkebolehan mencipta lagu serta bermain alat –alat muzik seperti guitar, keybord dan percussion. Beliau telah berkecimpung dalam dunia seni Tanah Air lebih daripada 31 Tahun dan masih lagi bergiat aktif dan melahirkan lagu-Lagu serta Album terbarunya . Antara Album-Album yang telah dihasilkan adalah :

1. 1996- Album Koleksi – Suara Hati (Brunei)
2. 2006 – Koleksi 20 Tahun Nassier Wahab
3. 2006 – Album Duet Bersama Rahimah Rahim – Sejak Ku Bertemu
4. 2007 – Album Lagu-Lagu Raya –Syoknya Raya
5. 2008 – 2 Raja Pop Malaysia – Karaoke Nassier Wahab / Jamal Abdillah
6. 2009 – Koleksi Pop Terbaik gandingan Nassier Wahab / Ibnor Riza
7. 2012 – Album Nassier Wahab – Cinta Farhat Airmata dan Doa
8. 2014- Lagu Filem – Permata Hati
9. 2016 – Album Eveergreen Klasik Nassier Wahab

Dan banyak lagi.

Encik Nassier Wahab juga pernah berlakon dalam beberapa Filem dan Drama, antaranya adalah :

1. 1986 – Si Jantung Hati
2. 1987 – Air Mata Kuala Lumpur
3. 1989 – Rumah Tepi Sawah
4. 1997 – Benci Tapi Rindu
5. 2006 – Episod Terakhir Drama – Anugerah Skrin 2006
Dan Lain-Lain.

Encik Nasieer Wahab pernah dipilih sebagai:
1. Pencipta Lagu Terbaik : Maal Hijrah- 1989 “Ku Pohon Hidayatmu”
2. Top 5 finalis “ Penyanyi Lelaki Popular”- 1987,1989 dan 2004
3. Separuh Akhir Muzik-Muzik 2001- Keroncong Kasih Abadi
4. Vocal Lelaki Pilihan – Anugerah Era 2004
5. Peringkat Akhir HITZI – RTM “ Memori Cinta Luka”
6. Finalis Gegar Vaganza 2016 (ASTRO)

Selain daripada yang tersebut diatas Encik Nassier Wahab biasa mengikat kontrak untuk bernyanyi di Hotel-Hotel terkemuka dan lain-lain Majlis VIP, dan pernah juga membuat persembahan di Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan London.

dsc_2683-small