singgun-main-slide

Encik Singgun Bin Rais tu lebih dikenali sebagai A.R Sinwan telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 13 Januari,1934.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Baru, Pulau Pinang dan kemudiannya kesekolah Melayu Chowrasta Pulau Pinang hingga tamat persekolahan.

Encik Singgun mula berjinak dalam bidang Nyanyian sejak dari bangku sekolah lagi.Beliau telah menyertai pertandingan Nyanyian buat kali pertamanya di Padang Tambun , Lorong Kulit anjuran UMNO dan Berjaya menjadi Johan dalam pertandingan tersebut dengan membawa Lagu “ Hujan DiTengahari”

Beliau kemudiannya telah bergiat aktif dengan menyertai Pasukan Pencaragam
“ Bayangan Bandong” Pulau Pinang.

Encik Singgun atau A.R. Sinwan telah mula dikenali ramai setelah beliau menjadi Johan Pertandingan Bintang Radio ( 1956 ) Peringkat Negeri Pulau Pinang Kategori Lelaki bersama Che Rogayah Sukandi (Johan Kategori Perempuan) dan pernah dinobatkan sebagai Johan sewaktu Pertandingan Akhir Bintang Radio 1956 diKuala Lumpur mewakili Negeri Pulau Pinang. Beliau selepas itu telah dijemput untuk membuat persembahan dibeberapa tempat termasuk di Australia.

Encik Singgun pernah menjadi Ahli Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang telah dianugerahkan dengan Pingat Kehormatan Negeri : Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang.

dsc_2699-small