Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)

(Diasaskan pada tahun 1927)

 
     
   
Meneruskan Pembinaan Jati Diri Bangsa Yang Unggul
   
         
 
Menu Utama
 
Aktiviti Terkini: Larian Perpaduan 2012

______________________________________

       29 April 2012, Ahad. Seramai hampir 2000 orang peserta telah menyertai acara Larian Perpaduan 2012. Upacara pelepasan larian disempurnakan oleh TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan isteri, Y.A. Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajjah Majimor Bt Shariff pada pukul 7.45 pagi di Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands, Jalan Padang Victoria, Pulau Pinang. Larian ini merupakan yang kali ke-2 dianjurkan oleh Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang. Penaja utama Larian Perpaduan 2012 ialah syarikat Idaman Pharma Sdn. Bhd.

     Larian Perpaduan 2012 melibatkan 10 kategori larian. Acara larian sejauh 3 km hingga 6.5 kilometer (mengikut kategori) disertai oleh pelbagai golongan masyarakat berbilang bangsa bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan muhibbah di kalangan masyarakat majmuk di Pulau Pinang. Pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan untuk peserta larian. Seorang peserta bertuah berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah utama sebuah motosikal Modenas CT110. Hadiah-hadiah istimewa juga disediakan kepada peserta tajaan Equatorial Hotel dan Hard Rock Hotel. 

     Pihak penganjur berhasrat untuk terus menganjurkan acara ini pada setiap tahun untuk terus mengeratkan perpaduan dan semangat muhibbah di kalangan masyarakat berbilang kaum di Pulau Pinang.

 

Larian Perpaduan 2012 yang disertai oleh hampir 2000 orang peserta yang berbilang bangsa dapat mengeratkan perpaduan dan memupuk semangat muhibbah

>> Berita Penuh <<
>> Gambar: | Galeri | Facebook | << 
 


Sejarah Penubuhan PEMENANG

Pada tanggal 27 Mac 1927, hari Ahad, jam 4:00 petang, maka berkumpullah orang-orang Melayu yang terdiri daripada cerdik pandai dan hartawan Melayu pada masa itu di rumah seorang hartawan Melayu di Jalan Hatin, Pulau Pinang. Hartawan tersebut ialah Tuan Mohamad Ariff Tajuddin yang lebih terkenal dengan nama Mohamad Ariff.

Perhimpunan pada hari bersejarah tersebut telah mencapai kata sepakat dalam menubuhkan sebuah persatuan yang diberi nama Penang Malay Association (P.M.A) atau Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG). Setelah undang-undang digubal dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan, maka Mesyuarat Agung Persatuan yang pertama telah diadakan pada 9 Mei 1927.



Keahlian PEMENANG

PEMENANG mengalu-alukan semua warganegara Malaysia yang berketurunan Melayu yang lahir atau pernah bermastautin di Pulau Pinang untuk menjadi ahli dan memberi sokongan kepada PEMENANG. Sila muat turun borang keahlian di sini... [klik]

 
Login E-mail
 
Laman Utama
Organisasi
Sejarah
Peranan & Sumbangan
Aktiviti
Galeri
Biasiswa
Berita
Hubungi PEMENANG

 

 

 

Daftar Keahlian
PEMENANG
 
   

 
     
  Pautan Khas    

Berita PEMENANG

   
   
Rumah untuk 10,000 orang Melayu
NGO Melayu saman YBPP
Dedah status tanah Melayu di P. Pinang
 
   
 
Aktiviti Terkini
     
 

LARIAN PERPADUAN 2012

Tarikh: 29 April 2012 (Ahad)

Masa: 7:30 Pagi
Tempat: Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands, Jalan Padang Victoria, Pulau Pinang

Penganjur: Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMPP)

Dapatkan Borang Penyertaan di:

  • i) Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), 60, Jalan PEMENANG, 10250 Pulau Pinang, atau

  • ii) Pondok Pengawal, Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands, Jalan Padang Victoria, Pulau Pinang

atau muat turun 

    Borang Penyertaan                       

Yuran Penyertaan:

Dewasa - RM15

Pelajar Sekolah - Pendaftaran melalui sekolah

Tarikh Tutup Penyertaan:

19 April 2012

Maklumat Lanjut >> klik

   
 

     
 
Hubungi PEMENANG
     
 
  

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)

Bangunan PEMENANG,
No. 60, Jalan PEMENANG,
10250 Pulau Pinang.
 
Tel: 04-227 3092
Fax: 04-228 3937
Laman Web:
E-mail:
pemenang@pemenang.org.my

Facebook:

     

__________________________________________________________________________________________

Hakcipta Terpelihara
© 2012  Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)