Bendera & Lencana
Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)

 

Bendera Persatuan

Bendera Pemenang

Keterangan (Bentuk)

Setiap bahagian adalah sama lebar dari atas ke bawah. Warna biru tua adalah di atas dan di bawah serta warna kuning muda di tengah-tengah

Makna

Warna Biru Tua – Melambangkan bersatu dan kukuh
Warna Kuning Muda – Melambangkan kedaulatan bangsa Melayu

 

Lencana Persatuan

Logo-PEMENANG150

Keterangan Lencana

Lencana Persatuan berbentuk perisai mengandungi warna bendera, bercorak serong dari sudut atas kanan ke sudut bawah kiri perisai dengan gambar sebilah keris terhunus menjunam berwarna putih terus ke bawah di tengah-tengah perisai. Perkataan “PEMENANG” hendaklah tertera di bahagian atas hulu keris dan perkataan huruf jawi “PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG” hendaklah tertera di bahagian bawah keris.

Makna

Bentuk Kota – Melambangkan negeri Pulau Pinang
Bentuk Keris Terhunus – Melambangkan keagungan pusaka bangsa Melayu
Warna Putih – Melambangkan kesucian dan bersih
Warna Biru Tua – Melambangkan bersatu dan kukuh
Warna Kuning Muda – Melambangkan kedaulatan bangsa Melayu