Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang (IKATAN)

Logo IKATAN

logo ikatanlong

Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang (IKATAN) yang ditaja penubuhannya oleh PEMENANG sekarang mempunyai 19 Kelab/Persatuan sebagai ahli. IKATAN didaftarkan sebagai suatu pertubuhan pada 20 Mac 2003.

Tujuan penubuhan IKATAN adalah seperti berikut:

  1. Menggabungkan semua Pertubuhan dan Kelab-Kelab Melayu di Negeri Pulau Pinang.
  2. Mewujudkan perpaduan di antara orang-orang Melayu Pulau Pinang
  3. Mempertingkatkan persefahaman di antara masyarakat Melayu dalam bidang Sosial, Ekonomi, Pendidikan, Budaya dan Kebajikan
  4. Menjadi penggerak kepada pengembelingan kewangan orang Melayu ke arah mewujudkan satu sumber Modal yang bersepadu dan kukuh.
  5. Melahirkan satu saluran komunikasi di antara Kelab-Kelab dan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu di Negeri Pulau Pinang. 
  6. Mengadakan aktiviti interaksi di antara Kelab-Kelab dan Pertubuhan Melayu di Negeri Pulau Pinang. 
  7. Menjadi bahan perhubungan kepada semua Kelab dan Pertubuhan Melayu di Negeri Pulau Pinang. 
  8. Membantu Kerajaan dalam Penyelidikan dan Pembagunan Kelab-Kelab dan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu di Negeri Pulau Pinang. 
  9. Mengkaji dan sentiasa peka tentang masalah Kelab-Kelab dan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu di Negeri Pulau Pinang.
  10. Menganjur perjumpaan, dailog, penerangan dan kempen mengenai sebarang  perkara yang ada kaitan dengan kepentingan Kelab-Kelab dan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu dan Orang Melayu di Negeri ini.
  11. Berusaha mewujudkan ‘Tabung Dana’ bertujuan untuk membeli hartanah lebih-lebih lagi harta orang Melayu yang telah terjual.
  12. Menganjurkan aktiviti pendidikan seperti kursus, seminar dan ceramah untuk peningkatan ilmu.
  13. Menerbitkan risalah, buletin dan lain-lain bentuk media cetak untuk edaran kepada Ahli.
  14. Menceburkan dalam aktiviti ekonomi yang boleh menghasilkan pendapatan untuk IKATAN.
  15. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh IKATAN hasil dari penyertaan  dalam mana-mana bidang ekonomi akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan IKATAN ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk  faedah keuntungan atau bonus kepada sebarang Ahli IKATAN.  Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja-pekerja IKATAN.   

Kelab, Persatuan dan Pertubuhan yang menganggotai IKATAN adalah seperti berikut:

  1. Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
  2. Kelab Gelugor Pulau Pinang
  3. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Per. Negeri Pulau Pinang (LKPIMPP)
  4. Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang
  5. Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam (PERKASA) Shangri-La Golden Sand Resort
  6. Persekutuan Al-Ikhwan al-Masakin
  7. Baharul Alam Football Club (BAFC)
  8. Syarikat Kebajikan Muslim
  9. Persatuan Qaryah-Qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang
  10. Majlis Kesetian Melayu Pulau Pinang (Bahagian Khairat Kematian)
  11. Persatuan Penduduk Kawasan Kampung Dodol
  12. Persatuan Tenis Pulau Pinang
  13. Koperasi Melayu Pulau Pinang (KMPP)
  14. Kelab Sukan dan Rekriasi Melayu Pulau Pinang
  15. Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP)
  16. GPMS Cawangan Sungai Pinang
  17. Koperasi Qariah Sungai Pinang, Pulau Pinang Berhad
  18. Persatuan Bina Ilmu Pulau Pinang (PBI)
  19. Persatuan Kelab Peminat Seniman Negara Dato’ Ahmad Nawab Pulau Pinang
  20. Perkumpulan Perempuan Pulau Pinang (WI)

Ahli-Ahli Jawatankuasa IKATAN Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

  1. Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff                                      –          Presiden
  2. Y. Bhg Dato Abdul Rashid Bin Ismail                                              –          Timbalan Presiden
  3. Puan Hajjah Azizah Binti Haji Mohd Daud                                    –          Naib Presiden
  4. Tuan Haji Abdullah Bin Mohamad Sultan                                     –          Naib Presiden
  5. Y. Bhg Dato’ Haji Shaik Mohamed Bin Shaik Abdul Kadir       –          Setiausaha Kehormat
  6. Encik Kamarudin Bin Mohd Kassim                                                –          Pen. Setiausaha Kehormat
  7. Y. Bhg Dato’ Ar Haji Zulkarnain Bin Haji Harun                         –          Bendahari Kehormat
  8. Encik Ahmad Faris Bin Haji Ahmad Wahiduddin                      –          Ahli Jawatankuasa
  9. Tuan Haji Abdul Karim Khan                                                             –          Ahli Jawatankuasa
  10. Tuan Haji Hashim Bin Haji Mohd Noor                                          –          Ahli Jawatankuasa
  11. Tuan Haji Md Hassan Bin Ariffin                                                       –          Ahli Jawatankuasa
  12. Seorang wakil dari setiap Pertubuhan / Kelab yang bergabung dengan IKATAN