Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP)

Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP)

Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP) telah ditubuhkan pada 25 April 2011. Presiden KPPRPP ialah Yang Berbahagia Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, merangkap Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).

Melalui satu perjumpaan pada 6 Julai 2010 jam 5:15 petang, yang diadakan di Bilik Mesyuarat PEMENANG, Bangunan PEMENANG, ahli-ahli yang hadir telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah persatuan dan nama yang telah dipilih ialah persatuan Kelab Rakan P. Ramlee. Dalam mesyuarat tersebut juga, pemilihan Ahli Jawatankuasa Penaja telah dilakukan. Undang-undang tubuh Persatuan Kelab Rakan P. Ramlee juga telah diterima pakai.

Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang ditubuhkan dengan objektif berikut:

  1. Untuk mengenang kembali jasa-jasa Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee
  2. Berjuang sesama ahli dan pihak yang mendukung tujuan Kelab untuk meneruskan hasrat Seniman Agung dari segi kebudayaan, kesenian, muzik, perfileman, ekonomi, kesukanan serta Kemasyarakatan    
  3. Mencungkil dan menggalakan serta memberi bantuan kepada yang berbakat dalam aliran kebudayaan, kesenian, kesukanan, kebajikan demi meningkat pencapaian.
  4. Cuba melahirkan sebanyak mungkin seniman serba boleh
  5. Merancang dan melaksanakan projek-projek berfaedah kepada ahli dan masyarakat
  6. Mengawal dan mengambil tindakan terhadap penyalahangunaan dalam segala bentuk berkaitan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
  7. Sentiasa bergerak atas Dasar dan Tujuan Kelab
  8. Mendukung hasrat Kerajaan disemua bidang terutama kebudayaan dan kesenian
  9. Menggalak dan mengembangkan pergerakan Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang
  10. Menanam semangat taat setia kepada Raja dan Negara

AHLI JAWATANKUASA 
KELAB PEMINAT P. RAMLEE PULAU PINANG (KPPRPP) 2013 – 2015

Presiden
Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff                PSN, DGPN, AMN, DJN, KMN, AMN, PPN, JP

Timbalan Presiden 
Y. Bhg Dato’ Abdul Rashid bin Ismail                              DSPN, AMN, PKT, PJK, PJM 

Naib Presiden 1
Y. Bhg Prof Dr. Sohaimi bin Abd Aziz

Naib Presiden 2
Y. Bhg Dato’ Bazir Ahmad bin Nazir Ahmad                    DSPN, DJN, PKT, PJK, PJM

Setiausaha Kehormat 
Puan Rosenah binti Ibrahim                                           PKT, PJM

Timbalan Setiausaha Kehormat 
Puan Jamilah Khaton binti Zainal Abidin                       PJK, PJM

Bendahari Kehormat 
Encik Ahmad Azhari bin Hamzah                                    PJK, PJM                    

Timbalan Bendahari Kehormat 
Cik Sharifah Juairiah binti Syed Jamal Ahmad

Ahli Jawatankuasa
Encik Ahmad Yakqub Nazri
Cik Hanim binti Mohamad
Y. Bhg Datin Marina Puteh                                                PKT, PJK, PJM
Puan Norma binti Abdul
Rohani binti Ahmad
Encik Kamarudin bin Kasim
Encik Mohd Fauzi Ibrahim
Encik Azizan bin Darus
Puan Hajjah Zainab Md Ali                          

Pemeriksa Kira-kira
Encik Kamarudin Kassim
Cik Rohani Ahmad                              

Rujukan Pendaftaran Pertubuhan: 2071-11-PPG

Leave a Reply