Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang (PEWARIS)

Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang (PEWARIS)logo pewaris baru

 

Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang (PEWARIS) diasaskan penubuhannya oleh PEMENANG sebagai penaja. Melayu Pulau Pinang amat prihatin dan sangat-sangat menghargai serta memperjuangkan kelestarian warisan Melayu di Pulau Pinang. Warisan budaya Melayu dalam bentuk nampak (tangible) dan tidak nampak (intangible) adalah menjadi wadah bagi menyatupadukan seluruh lapisan masyarakat Melayu untuk merasakan bahawa kewujudan mereka dalam konteks bangunan, monumen, lanskap, seni, budaya, pengetahuan, kemahiran, ekspresi, amatan dan representasi. 

Dengan penuh kesedaran dan kepercayaan serta yakin akan kekuatan dan keistimewaan warisan Melayu yang diwarisi dari datuk nenek moyang mereka menjadi suatu tanggungjawab dan amanah untuk dijaga, dipulihara, dipelihara dan diwariskan bagi generasi masa depan. 

Maka setiap individu Melayu di negeri Pulau Pinang perlu menggalas tanggungjawab untuk menyempurnakan peranan mereka sebagai pewaris dan penjaga warisan Melayu yang dimiliki untuk  kepentingan agama, bangsa dan negara. Menyedari akan aspek-aspek di atas Jawatankuasa Protem telah ditubuhkan pada 8 Februari 2013 dan pada 11 Jun 2013, Mesyuarat telah diadakan lagi bagi membincangkan deraf Rang Perlembagaan yang telah dirangka untuk semakan Jawatankuasa Penaja, yang mana, nama Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang telah dituluskan oleh Pendaftar Pertubuhan dan singkatan Pertubuhan ini ialah PEWARIS.

Tujuan dan matlamat penubuhan PEWARIS adalah seperti berikut:

  1. Menyatupadukan tenaga dan fikiran orang-orang Melayu di Pulau Pinang bagi mempertahankan  Warisan Melayu dan Islam di Negeri Pulau Pinang
  2. Berikhtiar dan berusaha bahawa Warisan Melayu dan Islam adalah sebahagian hak asasi manusia
  3. Mendapatkan persefahaman dan bantu membantu sesama Ahli PEWARIS khasnya dan orang-orang  Melayu amnya dalam Hal Ehwal Sejarah Warisan Melayu dan Islam
  4. Mengadakan bimbingan dan penerangan kepada orang-orang Melayu khasnya dan masyarakat lain amnya bahawa pencabulan kepada Sejarah dan Warisan Melayu dan Islam adalah satu jenayah dan  penyalahangunaan kuasa
  5. Amnya mempertahankan Warisan Melayu dan Islam dari sebarang ancaman yang akan menghapuskan identiti 
    Melayu di Negeri ini 

Senarai Jawatankuasa Penaja yang akan menganggotai PEWARIS adalah seperti berikut:

  1. Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff                    –     Presiden
  2. Y.Bhg Dato’  Haji Azmi Merican                                                 –     Timbalan Presiden
  3. Y. Bhg Prof Dr Sohaimi Abdul Aziz                                           –     Naib Presiden I
  4. Y. Bhg Dato’ Abdul Rashid Ismail                                             –     Naib Presiden II
  5. Y. Bhg Dr Azeem Fazwan Dato’ Ahmad                                 –     Setiausaha Kehormat
  6. Tuan Haji Mohamed Yamin bin Mohamed Ali                   –      Pen. Setiausaha Kehormat
  7. Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad                                           –      Bendahari Kehormat
  8. Y. Bhg Prof Dr Ahmad Murad Mohd Noor                           –      Ahli Jawatankuasa
  9. Y. Bhg Prof Madya Datin Mahani Musa                                 –     Ahli Jawatankuasa
  10. Encik Omar Yusof                                                                           –      Ahli Jawatankuasa
  11. Puan Hajjah Azizah Hj Mohd Daud                                          –     Ahli Jawatankuasa
  12. Y. Bhg Prof Dato’ Dr Wazir Jahan Karim                                –     Ahli Jawatankuasa
  13. Y. Bhg Dato’ Anuar Ahmad Asmadi                                       –      Ahli Jawatankuasa
  14. Encik Tahir Jalaluddin bin Hussain                                        –      Ahli Jawatankuasa

 

 

Leave a Reply