Projek Kecemerlangan Akademik (PeKA)

banner-head660

Tentang PeKA

PeKA adalah satu projek khusus pemindahan ilmu yang akan memberi manfaat kepada para pelajar khususnya di peringkat sekolah menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan melalui aktiviti yang telah dirangka khusus dengan melibatkan penyertaan para pensyarah dan bakal-bakal guru dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM.

Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mengukuhkan kerjasama melalui Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menjayakan Projek Kecemerlangan Akademik (PeKA) yang dikhususkan kepada para pelajar sekolah di sekitar negeri ini.

Melalui kolaborasi itu, USM akan menawarkan khidmat tenaga pengajar bagi menjayakan kelas bimbingan akademik dengan penglibatan para pelajar pada setiap hujung minggu manakala PEMENANG akan membiayai kos bagi menjayakan program tersebut.

info  Maklumat lanjut tentang PeKA…

Senarai Mata Pelajaran

  • Pelajar Darjah 6 (UPSR) dan Tingkatan 3 (PT3)
    • Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  • Pelajar Tingkatan 5 (Sains)
    • Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi
  • Pelajar Tingkatan 5 (Sastera)
    • Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

Hari & Waktu Tuisyen (2017)

  • Sabtu (2.00 Petang – 5:30 Petang)
  • Ahad (9.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari)
  • Bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Pengangkutan pergi dan balik tidak disediakan

 

Borang Penyertaan

Muat turun borang penyertaan:

pdficon
Acrobat (.pdf)
MSWord
MS Word (.doc)

 

Cara Memohon

  • Hantarkan borang penyertaan yang lengkap diisi ke pejabat PEMENANG.
  • Untuk maklumat lanjut tentang program PeKA, sila hubungi PEMENANG.
  • Waris pelajar yang terpilih akan dihubungi oleh Urusetia PeKA

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
Bangunan PEMENANG,
No. 60, Jalan PEMENANG,
10250 Pulau Pinang.

Telefon: 04-227 3092

Waktu Pejabat:

9.00 Pagi – 5.00 Petang (Isnin hingga Jumaat)

9.00 Pagi – 12.30 Tengahari (Sabtu)