rokiah-main-slide

Puan Hajah Rokiah Binti Mohd telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 6 Julai 1939.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Jelutong,Pulau Pinang pada tahun 1946 dan kemudiannya ke Sekolah Menengah Perempuan Methodist Pulau Pinang hingga Tingkatan 3. Beliau juga pernah berkerja sebagai seorang Guru Bahasa Melayu di Sekolah Cina selama beberapa tahun.

Puan Hajah Rokiah adalah seorang yang dikenali ramai dikawasan Jelutong dan kawasan sekitarnya. Minatnya dalam kerja-kerja masyarakat bermula semenjak beliau muda lagi dan pernah memegang beberapa jawatan dalam Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan. Antaranya adalah:

(a) Ahli Jawatankuasa PEMADAM
(b) Pengerusi Rukun Tetangga
(c) Ahli Jawatankuasa Lembaga Kebajikan Perempuan Islam
(d) Ahli Jawatankuasa PERKIM, Bandaraya dan Bahagian Negeri Pulau Pinang
(e) Ahli Jawatankuasa Kumpulan Perempuan (WI)
(f) Ahli Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pulau Pinang
(g) Ahli Jawatankuasa Kegiatan Hal Ehwal Wanita PEMENANG dan Banyak lagi Badan dan Pertubuhan.

Puan Hajah Rokiah juga tidak ketinggalan melibatkan dirinya dalam Politik secara aktif dan pernah memegang beberapa jawatan dalam UMNO

(a) Ketua Cawangan UMNO Padang Kota Lama selam 6 Tahun
(b) Pengerusi Penerangan UMNO cawangan Padang Kota Lama bagi Penggal 2015-2017
(c) Naib Ketua Wanita UMNO bahagian Tanjong.

Puan Hajah Rokiah Mohd masih lagi bergiat cergas dalam kerja-kerja kebajikan dan Kemasyarakatan sunggupun usianya telah meningat lebih daripada 76 tahun sekarang.

Atas jasa-jasa kepada Masyarakat, beliau telah dianugerahkan Bintang-Bintang Kehormatan Negeri seperti berikut:

1. Darjah Johan Negeri (DJN)
2. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT)
3. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
4. Pingat Jasa Masyarakat (PJM)

dsc_2692-small