Penubuhan Persatuan

Sejarah Ringkas
Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
(Diasaskan pada tahun 1927)

LATAR BELAKANG ORANG-ORANG MELAYU PADA ABAD DUA PULUH

Pada awal Abad 20, kesedaran orang-orang Melayu mula timbul untuk menubuhkan Persatuan-Persatuan bagi menjaga kepentingan orang-orang Melayu dalam perkara-perkara kebajikan, ekonomi dan politik setelah masaalah-masaalah sosial, ekonomi dan politik orang-orang Melayu di timbulkan oleh akhbar-akhbar Melayu yang berpengaruh ketika itu. Maka muncullah di negeri Pulau Pinang pada awal abad 20 ini, golongan pertengahan Melayu yang mendiami kawasan di sekitar Georgetown yang terdiri daripada saudagar-saudagar dan orang-orang Melayu yang menerima pendidikan Inggeris.

     Walaupun orang-orang Melayu di Pulau Pinang merupakan golongan kecil terutama di bandar, namun perkembangan perdagangan sehingga ke Abad 20 telah dapat melahirkan saudagar-saudagar Islam terutamanya dan golongan peranakan India, Arab dan Acheh. Golongan ini pada ketika itu berhak menggunakan pelajaran untuk anak-anak mereka yang disediakan oleh Pemerintah Inggeris Negeri-Negeri Selat.

     Pelajaran Inggeris secara formal yang disediakan olah Pemerintah Inggeris Negeri-Negeri Selat hanya bermula pada tahun 1816 apabila Sekolah Penang Free ditubuhkan. Sekolah Penang Free merupakan Institusi pendidikan bagi melatih bakal pegawal-pegawai tadbir rendah yang terdiri daripada kalangan penduduk tempatan. Sekolah Penang Free ini umumnya menampung golongan yang mampu, iaitu anak-anak golongan pertengahan Melayu yang mendiami di sekitar Georgetown. Golongan pertengahan Melayu yang menerima pendidikan dari Sekolah Penang Free kemudian menjadi pegawai-pegawai tadbir rendah pemerintah Inggeris di Pulau Pinang. Pendidikan Inggeris yang diterima serta hubungan rapat mereka dengan pegawai-pegawai Inggeris dan dengan sistem organisasi Inggeris meletakkan mereka sebagai gutungan yang mempunyai potensi kepimpinan.

     Pada awal Abad 20 juga, Negeri Pulau Pinang mengalami kemunculan 2 kumpulan elit. Satu kumpulan ialah mereka yang berorentasikan gagasan Islah Islam yang mempunyai pengetahuan Islam yang mendalam sebagai elit berpendidikan agama. Sementara satu kumpulan lagi muncul dari golongan pertengahan Melayu yang berpendidikan Inggeris. Dalam konteks kesedaran kebangsaan dan kesedaran politik yang membawa kemunculan gerakan kebangsaan dan gerakan politik, kedua-kedua golongan elit ini memainkan peranan dan bertindak sebagai penggerak, pemaju dan pemimpin bagi orang-orang Melayu Negeri Putau Pinang. Persatuan Orang-Orang Melayu Pulau Pinang di peringkat negeri yang mula-mula ditubuhkan ialah “THE YOUNG MUSLIM UNION” (“Y.M.U.”) iaitu pada tahun 1911. Persatuan ini mempunyai tiga dasar dan tujuan, iaitu bagi memelihara dan mengangkat nama anak-anak Islam di Negeri Pulau Pinang, melatih ahli-ahlinya supaya gemar kepada membaca akhbar dan menjaga kesihatan badan dan menggalakan ahli-ahlinya bersahabat dengan satu sama lain.

     Persatuan “THE YOUNG MUSLIM UNION” (Y.M.U ) ini terdiri daripada golongan elit Melayu yang berpelajaran Inggeris dan yang berkhidmat dengan Kerajaan Inggeris sebagai Pegawai Tadbir dan ianya tidak meliputi orang-orang Melayu yang ramai yang berpendidikan Melayu dan berpendidikan Agama seperti Guru-Guru Melayu, Saudagar-Saudagar Melayu, Peniaga-Peniaga Melayu dan lain-lain yang tidak berpendidikan Inggeris. “Y.M.U.” bolehlah ditafsirkan sebagai Persatuan elit dan keanggotaannya terhad (closed society).

PENUBUHAN PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG

Pada jam kira-kira 4:00 petang, Ahad, 27 Mac 1927, maka berkumpullah orang-orang Melayu yang terdiri daripada cerdik pandai dan hartawan pada masa itu di rumah seorang hartawan Melayu, iaitu Tuan Mohamad Ariff Tajuddin yang lebih terkenal dengan nama Mohamad Ariff yang mana rumah beliau terletak di Jalan Hatin, Pulau Pinang. Sekarang, tapak tersebut dijadikan rumah kediaman Guru-Guru Sekolah Sri Tanjong berhadapan dengan Masjid Jalan Hatin.

Tapak tanah bekas rumah Allahyarham Tuan Haji Mohamad Ariff Tajuddin; suatu perhimpunan cerdik pandai dan hartawan Melayu diadakan pada 27 Mac 1927 untuk mengasaskan penubuhan Penang Malay Association (PMA) atau Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)

     Perhimpunan pada hari tersebut telah membincangkan tentang cadangan untuk mengadakan sebuah persatuan bagi menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di bawah penjajahan British. Dalam perjumpaan tersebut, maka kata sepakat telah pun dicapai untuk menubuhkan sebuah Persatuan yang diberi nama Penang Malay Association (P.M.A.) atau Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG). Setelah undang-undang persatuan digubal dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan, maka Mesyuarat Agung Persatuan yang pertama yang diadakan pada 9 Mei 1927. Beberapa kenamaan telah dilantik seperti nama yang tersebut di bawah untuk menjadi Anggota Pertama untuk mentadbirkan PEMENANG.

Yang Di Pertua : Dr A.O. Merican
Naib Yang Di Pertua : Tuan Mohamad Raus Bin Chik
  : Tuan M Z Merican
  : Tuan Mohamad Jashim Bin Iskandar
 Setiausaha : Dr Kamil Mohd Ariff
 Bendahari : Tuan M N Merican
   
 Ahli Jawatankuasa : Tuan A Abdullah
Tuan M S Ariffin
Tuan U M Bakar
Tuan C M Che Din (C M Hashim)
Tuan Hj Murshid
Tuan Mohamad Hussain
Tuan T Nyak Puteh
Tuan S Mohamad Thambi
 Pemeriksa Kira-Kira : Tuan C Mohamad Ismail
Tuan Kapten Baba Ahmad

 

Ahli-ahli pengasas Penang Malay Organization bergambar pada Mesyuarat Agung Pertama pada 9 Mei 1927. Gambar ini diambil di hadapan Masjin Jalan Hatin, Pulau Pinang.
Ahli-ahli pengasas Penang Malay Organization bergambar pada Mesyuarat Agung Pertama pada 9 Mei 1927. Gambar ini diambil di hadapan Masjin Jalan Hatin, Pulau Pinang.

     Persatuan Melayu semasa diluluskan pendaftarannya telah diberi pengecualian pendaftaran (exempt society) oleh kerajaan ketika itu.

Penaung-Penaung Persatuan yang dilantik semasa penubuhannya ialah:

  1. Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Hugh Clifford
  2. Sri Paduka Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar
  3. Regent Negeri Kedah, Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim

     Persatuan Melayu Pulau Pinang semasa ditubuhkan mengandungi tanah besar Seberang Perai dan Dinding oleh kerana jajahan Pulau Pinang ketika itu termasuk Dinding dan Pangkor di negeri Perak.

     Persatuan Melayu Pulau Pinang ialah Persatuan yang menjadi suara dan mewakili kepentingan orang-orang Melayu Pulau Pinang dalam memajukan kehidupan orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Persatuan Melayu Pulau Pinang juga cuba mengwujudkan perpaduan di kalangan orang-orang Melayu dan menjadi suara orang Melayu yang tinggal di negeri Pulau Pinang.

     Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Persatuan Melayu Pulau Pinang merupakan Persatuan yang dianggotai oleh orang-orang Melayu Peranakan yang tinggal di Pulau Pinang khususnya di sekitar Georgetown. Tambahan pula pegawai-pegawai tinggi dalam Persatuan Melayu Pulau Pinang adalah terdiri daripada orang-orang Melayu yang menjadi para pentadbir Kerajaan Inggeris dan adanya pernah dianugerahkan Bintang Kehormatan Kerajaan Inggeris. Persatuan Melayu Pulau Pinang ketika itu pada tiap-tiap tahun mengadakan Perayaan Menyambut Hari Keputeraan Raja Inggeris dan juga merayakan Hari Poppy.

     Pada tahun 1933, Persatuan Melayu Pulau Pinang telah berjaya mengadakan perubahan apabila satu cadangan dibuat supaya semua Persatuan-Persatuan Melayu yang ada di Negeri Pulau Pinang digabungkan dengan Persatuan Melayu Pulau Pinang. Cadangan ini telah diterima dan mulai dan tahun tersebut keanggotaan Persatuan Melayu Pulau Pinang bertambah ramai dan bolehlah dikatakan ianya benar-benar menjadi suara orang-orang Melayu Pulau Pinang. Oleh kerana pemimpin-pemimpin Persatuan Melayu Pulau Pinang ketika itu mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai-pegawai Inggeris di Pulau Pinang, Persatuan Melayu Pulau Pinang diberi kuasa untuk memilih calon orang Melayu bagi dianugerahkan Jaksa Pendamai atau J.P. Begitu juga Persatuan Melayu Pulau Pinang diminta menamakan Ahli-Ahli Melayu untuk menduduki dalam Penang Settlement Council dan Federal Legislative Council dan Majlis Municapality.

     Jasa Persatuan Melayu Pulau Pinang yang menjadi ingatan sejarah sehingga hari ini ialah dengan mengemukakan satu memorandum kepada pihak yang berkuasa Kerajaan British untuk mewujudkan tanah simpanan Melayu di Pulau Pinang. Tiga orang pemimpin yang ditugaskan merangka memorandum tersebut ialah Dr Kamil Mohamad Ariff, Kapten Mohamed Noor Bin Mohamed dan Kapten Syed Salleh Al Sagoff (gambar di bawah). Setelah Memorandum mi dikemukakan oleh Persatuan Melayu Pulau Pinang kepada Kerajaan British, peruntukan sebanyak $40,000/= telah diluluskan untuk membeli sebidang tanah di Kampong Melayu, Air Itam, Pulau Pinang untuk dikhaskan sebagai tanah simpanan Melayu. Barang diingati bahawa inilah satu-satunya Tanah Simpanan Melayu yang dikhaskan dalam sebuah Tanah Jajahan British (British Straits Settlement) dan tanah ini masih kekal sehingga hari ini.

Dari kiri: Tuan Kapten Syed Salleh Al Sagoff, Tuan Dr. Kamil Mohamad Ariff dan Tuan Kapten Mohamed Noor bin Mohamed
Dari kiri: Tuan Kapten Syed Salleh Al Sagoff, Tuan Dr. Kamil Mohamad Ariff dan Tuan Kapten Mohamed Noor bin Mohamed
Pemenang-fight-newspaper
Artikel yang diterbitkan dalam akhbar New Strait Times bertarikh 8 April 1991 tentang perjuangan tokoh-tokoh PEMENANG dalam membela nasib dan memajukan orang Melayu Pulau Pinang

PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN

Semasa zaman pemerintahan Jepun, kegiatan-kegiatan Persatuan Melayu tidaklah aktif oleh kerana sekatan-sekatan berpersatuan dikenakan oleh Pemerintahan Tentera Jepun. Namun demikian, pemimpin-pemimpin Persatuan Melayu Pulau Pinang diberi kepercayaan oleh Pemerintah Tentera Jepun sebagai wakil orang-orang Melayu Pulau Pinang untuk berunding mengenai dengan hal ehwal sosial masyarakat Melayu.

     Tuan Yusoff Izzuddin telah dilantik oleh Pemerintah Tentera Jepun menjadi Yang Di Pertua “Malai San Koi Kai” atau Persatuan Kebajikan Melayu ketika itu, iaitu sebuah Pertubuhan yang ditubuh oleh Pemerintah Tentera Jepun untuk mewakili orang-orang Melayu Pulau Pinang.

PEMERINTAHAN TENTERA BRITISH (B.M.A.) AKHIR TAHUN 1945

Selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pemerintahan semula penjajah British, semasa Pemerintahan Tentera British di Malaya (B.M.A.) pada akhir tahu 1945, Persatuan Melayu Pulau Pinang bergerak samula dalam kegiatannya menerusi “Bekas-Bekas Pemimpinnya” (oleh kerana kegiatan PersatuanMelayu Pulau Pinang terhenti dan tahun 1941 hingga 1945).

PENUBUHAN SEMULA PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG 1945/1946

Bagi memulihkan Persatuan Melayu Pulau Pinang, suatu Mesyuarat diantara Ahli-Ahli dan Pemimpin-Pemimpin Persatuan Melayu Pulau Pinang telah diadakan di Sekolah Al Mashoor, Lebuh Tek Soon, Pulau Pinang pada akhir tahun 1945. Dalam Mesyuarat ini, ramai antara Ahli-Ahli Persatuan Melayu melahirkan pendapat dengan penuh semangat menuntut supaya Persatuan Melayu Pulau Pinang mengubah corak perjuangannya yang dahulu dengan corak perjuangan baru untuk menentang penjajahan Inggeris. Kedengaran dalam Perjumpaan tersebut pekikan merdeka dari para hadirin.

     Mesyuarat itu bersetuju supaya undang-undang Persatuan Melayu Pulau Pinang yang lama tidak dipakai lagi dan suatu undang-undang baru selaras dengan corak Perjuangan Melayu yang baru hendaklah digubal. Beberapa mesyuarat untuk menggubal undang-undang Persatuan Melayu Pulau Pinang telah diadakan di kedai Tuan S.M. Eusoff, No. 10 Jalan Burmah, Pulau Pinang yang dijadikan Ibu Pejabat Persatuan. Barang diingati bahawa beberapa orang pemimpin yang ditugaskan untuk menyusun undang-undang baru Persatuan ialah Tuan S.M. Eusoff, Tuan C.M. Hashim. Encik Abdul Majid Mohammad dan Cikgu Mohd Nor Ahmad. Setelah undang-undang Persatuan Melayu bercorak baru diluluskan, maka Persatuan Melayu Pulau Pinang bergerak semula dengan cergas dalam menarik ramai lagi orang-orang Melayu bukan sahaja yang tinggal di bandar bahkan juga di kampung-kampung dan luar bandar untuk masuk menjadi Ahli Persatuan Melayu Pulau Pinang.

   Diantara pemimpin-pemimpin yang menjalankan penerangan ke kampung-kampung untuk mengembangkan dan meramaikan keahlian Persatuan Melayu Pulau Pinang ialah Tuan Kapt Baba Ahmad, Tuan Mohd Zain Bin Ahmad, Cikgu Mohd Nor Ahmad dan Tuan Mohd Esa Bin Ahmad. Maka ramailah orang-orang Melayu memberi sokongan kepada Persatuan Melayu Pulau Pinang dengan menjadi Ahli Persatuan Melayu Pulau Pinang.

PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG DAN KUMPULAN BINTANG TIGA, 1945

Ketika Persatuan Melayu Pulau Pinang beribu pejabat di No 10 Jalan Burmah, Pulau Pinang pada tahun 1945, kegiatan puak Bintang Tiga (Kumpulan Orang-orang Cina) bergiat cergas dan beribu pejabat di Jalan Maxwell, Pulau Pinang. Suatu pakatan serta perjanjian telah dibuat ketika (tu antara wakil-wakil Persatuan Melayu Pulau Pinang (Cikgu Mohd Nor Ahmad dan lain-lain) dengan wakil pemerintah (Kumpulan Bintang Tiga, Kawasan Utara Malaya supaya Kumpulan ini tidak mengapa-apakan orang-orang Melayu. Begitu juga jaminan telah diberi oleh Wakil-Wakil Persatuan Melayu Pulau Pinang, iaitu orang-orang Melayu tidak akan bertindak terhadap orang-orang Cina.

PERHIMPUNAN UNTUK MELANTIK KETUA MELAYU PULAU PINANG, AKHIR TAHUN 1945

Suatu Perhimpunan Besar Orang-orang Melayu Pulau Pinang yang terdiri dari pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Wakil-Wakil dari mukim-mukim seluruh Pulau Pinang telah diadakan pada akhir tahun 1945 di Sekolah Melayu, Jalan Hatin, Pulau Pinang bertujuan untuk melantik seorang Ketua Melayu. Perhimpunan ini ialah suatu perhimpunan yang bersejarah selepas sahaja Pemenntahaan Tentera Jepun. Dalam Perhimpunan ini ada dua puak yang masing-masing hendak menonjol calon mereka untuk dipilih menjadi Ketua orang-orang Melayu ketika itu.

     Didapati juga sedikit kekecohan dan pergaduhan kecil berlaku dalam Perjumpaan tersebut oleh kerana masing-masing berkehendakan calon mereka dipilih untuk menjadi Ketua orang-orang Melayu Pulau Pinang. Akhirnya tiga nama telah dicalonkan sebagai Ketua Melayu. Nama-nama tersebut ialah Tuan C.M. Hashim, Tuan Yusoff Izzuddin dan Tuan Dr Kamil Mohd Anff. Ketiga-tiga calon ini adalah bekas pemimpin Persatuan Melayu Pulau Pinang yang terdahulu. Mengikut keputusan undi, kepada pemilihan ini, Tuan Yusoff Izzuddin telah dipilih untuk menjadi Ketua orang-orang Melayu di Perhimpunan tersebut.

PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG MENENTANG PENUBUHAN MALAYAN UNION, 1946

Ketika kebangkitan semangat orang-orang Melayu bertambah kemuncak oleh kerana “salah anggapan” (blunder) Kerajaan British terhadap orang-orang Melayu dengan mengutuskan wakilnya yang bernama Sir Harold Mac Michael oleh Baginda King George VI untuk membawa suatu Perjanjian yang dinamakan ‘Treaty Mac Michael” bagi mendapat tandatangan DYMM Raja-Raja Melayu dengan niat untuk menakluk Malaya. Dengan Perjanjian ini, ianya bermakna akan menurunkan taraf dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai taraf Kadi sahaja yang akan hanya menjaga Hal Ehwal Agama dan Adat Istiadat Melayu sahaja.

     Ketika inilah semangat menentang penjajahan berkemuncak di seluruh negara. Persatuan Melayu Pulau Pinang telah mengambil peranan yang penting bagi meniup semangat orang-orang Melayu Pulau Pinang bersama-sama dengan orang-orang Melayu seluruh negara untuk menyedari pentingnya menentang penjajahan dan bersedia untuk berkerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan untuk negara. Persatuan Melayu Pulau Pinang tidak ketinggalan mengambil peranan yang aktif menentang penubuhan Malayan Union. Satu Memorandum telah pun disediakan oleh Persatuan Melayu Pulau Pinang dan dihantar ke Bangsa Bangsa Bersatu, kepada Kerajaan British di London dan juga ke Moscow.

     Jawatankuasa yang menyediakan Memorandum ini terdiri daripada Tuan S.M. Eusoff, Tuan Dr. Kamil Mohd Ariff, Tuan C.M. Hashim, Cikgu Mohd Nor Ahmad dan Tuan Abdul Majid Bin Mohamad. Persatuan Melayu Pulau Pinang telah menyertai bersama-sama dengan lain-lain Persatuan dan Pertubuhan dalam Kongres Melayu yang bersejarah pimpinan Dato’ Onn Bin Jaafar yang julung-julung kali diadakan di Sultan Sulaiman Kelab, Kampong Baru, Kuala Lumpur pada 1, 2, 3 dan 4 Mac 1946. Tiga orang wakil Persatuan Melayu Pulau Pinang yang menghadiri Kongres yang bersejarah itu ialah Tuan Yusoff Izzuddin sebagai Yang Di Pertua, Tuan Haji Taha Ali dan Tuan Mohamad Zain Bin Ahmad (Master Zain).

     Hasil daripada Kongres bersejarah ini yang dihadiri oleh seramai 41 Persatuan dan Pertubuhan, sebuah Pertubuhan di peringkat Kebangsaan telah pun dipersetujui ditubuhkan dengan diberi nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organisation (UMNO). Setelah urusan pendaftaran penubuhan Pertubuhan ini diselesaikan, maka dalam Kongres Melayu yang Kedua yang diadakan di Istana Besar, Johor Baru pada 11 Mei 1946 dan 12 Mei 1946, mnaka Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dirasmikan penubuhannya.

     Persatuan Melayu Pulau Pinang adalah salah sebuah dan 40 Persatuan dan Pertubuhan telah diterima menjadi Ahli Pengasas UMNO pada 11 Mei 1946. Dengan penerimaan Persatuan Melayu Pulau Pinang menjadi Ahli Gabungan UMNO, maka Ahli-Ahli Persatuan Melayu yang berjumlah lebih kurang 2,000 orang ketika itu diterima terus menjadi Ahli UMNO. Bergeraklah pemimpin-pemimpin Persatuan Melayu Pulau Pinang dengan menjelajah ke seluruh mukim, kampung dan kariah di Pulau Pinang untuk menarik minat orang-orang Melayu masuk menjadi Ahli UMNO.

     Pada tahun 1948, semasa Persidangan UMNO yang diadakan di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang pada 23 dan 24 April 1948, UMNO telah bersetuju menghapuskan Ahli Berdaftar Terus (yakni menerusi Persatuan-Persatuan Bergabung) dan bersetuju menubuhkan UMNO di peringkat negeri-negeri, Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan. Setelah susunan penubuhannya selesai diuruskan di Pulau Pinang, Persatuan Melayu Pulau Pinang mengambil keputusan berpisah dengan kegiatan-kegiatan politik dan menyerahkan urusan-urusan mengenai politik orang-orang Melayu Pulau Pinang kepada UMNO Pulau Pinang. Persatuan Melayu Pulau Pinang terus bergerak dan menumpu segala kegiatan-kegiatan dan aktiviti-aktivitinya dalam bidang-bidang sosial masyarakat, agama, kebudayaan, kesenian, sukan dan sebagainya bagi pihak orang-orang Melayu Pulau Pinang sehingga han ini.

     Barang diingati bahawa antara pemimpin-pemimpin Persatuan Melayu yang memegang Jawatan tertinggi dalam UMNO Malaya pada awal-awal penubuhannya ialah Tuan S.M. Aidid yang menjadi Pegawai Ekonomi Dan Kewangan dan seterusnya Bendahari UMNO Malaya pada tahun 1948, Tuan S.M, Zainul Abidin menjadi Pengerusi Tetap Persidangan Agung UMNO Malaya semasa UMNO mengadakan Persidangannya di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang pada tahun 1946 dan tahun 1948 dan Tuan Kapt. Mohamad Nor Bin Mohamad dilantik menjadi Bendahari UMNO Malaya selepas Tuan S.M. Aidid pada tahun 1950.

Salinan Sijil Pendaftaran Penang Malay Association yang dibuat pada 12 Mac 1951
Salinan Sijil Pendaftaran Penang Malay Association yang dibuat pada 12 Mac 1951

PENUBUHAN SYARIKAT KOPERASI PERUMAHAN ORANG-ORANG MELAYU PULAU PINANG 

Pada tahun 1964, Persatuan Melayu ketika dibawah pimpinan Tuan Syed Abbas Alhabshee telah mengadakan suatu projek tajaan Persatuan Melayu Pulau Pinang bagi menubuhkan Syarikat Koperasi Perumahaan Orang-orang Melayu Pulau Pinang dan Syarikat ini telah bergerak dengan maju dan jayanya untuk menampung keperiuan perumahan kepada orang Melayu di dalam bandar khasnya.

PINDAAN KALI KEDUA KEPADA UNDANG-UNDANG PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG

Manakala Persatuan Melayu dibawah pimpinan Tuan Hj Mohamad Nor Ahmad yang lebih dikenali dengan Cikgu Mohamad Nor Ahmad dalam awal tahun 70-an pula, Persatuan Melayu Pulau Pinang telah meminda undang-undang tubuhnya bagi mengemas kini kegiatan-kegiatan serta memantapkan Imejnya mengikut peredaran masa dan menukarkan namanya dari Penang Malay Association (P.M.A.) kepada Persatuan Mefayu Pulau Pinang ringkasnya “PEMENANG”.

BANGUNAN PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG – JALAN MACALISTER, PULAU PINANG

PEMENANG dibawah pimpinan Cikgu Mohamad Nor Ahmad telah berjaya mendapatkan sebidang tanah bekas tapak sekolah Melayu Jalan Baru, di persimpangan Jalan Macalister/Jalan Anson untuk mendirikan Bangunan Persatuan Melayu 3 1/2 tingkat. Tanah tapak bangunan ini diperuntukan kepada PEMENANG atas ehsan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Dr Lim Chong Eu dengan bayaran nominal RM1/=.

    PEMENANG pada 4 September 1976 telah membuat suatu Perjanjian dengan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) bagi memajukan tanah yang diperuntukan oleh Kerajaan Negen kepada PEMENANG dibawah Suratan Hakmilik Sementara, H.S. (D) 36, Seksyen 12 Bandar Georgetown mengandungi keluasan tanah 4,564 kaki persegi untuk mendirikan Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang, tiga setengah tingkat dengan harga RM313,583/=. Dengan perjanjian ini, bermakna persetujuan telah dicapai antara PEMENANG dengan UDA bahawa pihak UDA akan membina dan mengurus bangunan ini selama 15 tahun dan selepas itu bangunan ini diserah kepada PEMENANG.

  Dalam Perjanjian ini juga, UDA telah bersetuju untuk memben RM1,000/= sebulan kepada PEMENANG sebagai perbelanjaan pentadbiran dan satu ruang di tingkat atas berukuran lebih kurang 600 kaki persegi untuk dijadikan pejabat PEMENANG. Setelah 11 tahun, UDA mengurus Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang ini, hutang yang masih ditanggung oleh PEMENANG ialah RM 174,616.94 laitu lebih dari 50% dari wang pinjaman untuk membina Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang ini.

     Pada 1986, PEMENANG  di bawah pimpinan Dato’ Haji Mohd Yussof Latiff telah mengkaji mengenai tanggungan hutang PEMENANG kepada UDA dan telah mengambil keputusan untuk melupuskan hutang ini dengan membuat pinjaman hutang kepada Bank Of Commerce, Cawangan Pulau Pinang secara Pinjaman Berpenggal (term loan) selama 5 tahun. Dengan cara ini, PEMENANG terus memiliki Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang serta menguruskannya. Dalam tempuh 5 tahun, Pinjaminan Berpenggal ini telah dijelaskan kepada Bank Of Commerce tanpa sebarang masaalah.

BANGUNAN PEMENANG – 60 JALAN CANTONMENT. PULAU PINANG 

Pada 15 September 1992, Dato’ Haji Mohd Yussof Latiff selaku Presiden PEMENANG telah mengemukakan suatu cadangan dalam suatu Mesyuarat Jawatankuasa khas PEMENANG supaya PEMENANG memberi peritimbangan untuk membeli sebuah rumah banglo yang dikenali Geran 19707, Lot 1471, Sekyen 4, Daerah Timur Laut, Georgetown, Pulau Pinang yang beralamat di 60 Jalan Cantonment, 10250 Pulau Pinang yang mempunyai keluasan tanah 8.671 kaki persegi untuk dijadikan pusat kegiatan dan pejabat pentadbiran PEMENANG yang baru.

     Seterusnya, Dato’ Haji Mohd. Yussof Latiff mencadangkan supaya Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang di Jalan Macalister disewakan sepenuhnya. Dengan pembelian sebuah banglo ini, maka banyak aktiviti-aktiviti PEMENANG dapat dijalankan dengan memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada Ahli-Ahli PEMENANG. Dengan pembelian banglo ini juga ianya sebagai suatu usaha permulaan untuk memiliki semula hartanah Melayu di dalam bandaraya Pulau Pinang, kata Dato’ Haji Mohd Yussof Latiff.

     Cadangan ini telah dikemukakan pula dalam Mesyuarat Agung Khas PEMENANG yang bersidang pada 19 Oktober 1992 dan telah diputuskan oleh Mesyuarat Agung khas tersebut. Mesyuarat Agung Khas jni juga telah meluluskan supaya PEMENANG membuat Pinjaman Berpenggal kepada Bank Of Commerce, Cawangan Pulau Pinang sebanyak RM700,000/= dengan bayaran ansuran 5 tahun.

   Bangunan No. 60 Jalan Cantonment, 10250 Pulau Pinang telah dibeli dengan harga RM650,000/= dan kos pengubahsuaian dan pembesaran Bangunan ini ialah sebanyak RM150,000/= Bangunan ini dinamakan Bangunan PEMENANG dan ianya sekarang ini menjadi pusat kegiatan dan pentadbiran PEMENANG. Banyak pertubuhan pertubuhan telah menggunakan Bangunan PEMENANG ini untuk mengadakan mesyuarat-mesyuarat dan juga majlis-majlis mereka. Bangunan PEMENANG sekarang ini bukan sahaja menjadi kebanggaan Ahli-Ahli PEMENANG bahkan juga orang-orang Melayu Pulau Pinang.

Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), No. 117, Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang.
Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG),
No. 117, Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang.
bangunan600
Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG),
No. 60, Jalan PEMENANG, 10250 Pulau Pinang.

PINDAAN KALI KETIGA KEPADA UNDANG-UNDANG PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG

Bagi memantapkan lagi imej dan kegiatan serta pentadbiran PEMENANG, maka pindaan kepada Undang-undang PEMENANG telah dibuat sekali lagi pada tahun 1990. Undang-undang yang sedia ada telah ditambah dengan memasuki beberapa ceraian-ceraian penting selaras dengan keadaan masa kini. Antaranya, dibolehkan PEMENANG menerima Ahli Penyokong, mengadakan Aturan Peraturan Mesyuarat Agung PEMENANG yang dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap yang bukan terdiri dari Ahli Jawatankuasa, Jawatan Yang di Pertua dijadikan Presiden serta ditambahkan satu lagi Jawatan iaitu Timbalan Presiden. Begitu juga Undang-Undang Persatuan ditukar menjadi Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat Agung Persatuan.

Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti PEMENANG yang lain ialah mengadakan acara-acara tetap tahunannya seperti:

  1. Menganjurkan pada tiap-tiap tahun Malam Silaturrahim sempena Hari Raya Aidilfitri untuk mengeratkan tali silatulrahim sesama orang-orang Islam serta memupuk perasaan muhibbah antara semua kaum.
  2. Mengadakan pada tiap-tiap tahun, Majlis Terbuka sernpenan Awal Muharram serta mengadakan penganugerahan kepada Tokoh-Tokoh Masyarakat Melayu yang telah menaburkan jasa bakti mereka dalam berbagai-bagai bidang kemasyarakatan. 
  3. Menganjurkan pada tiap-tiap tahun sambutan Maulid Rasul S.A.W. dan syarahan agama.
  4. Mengasaskan penubuhkan Tabung Biasiswa PEMENANG sebagai mengenang jasa PEMENANG untuk dihadiahkan kepada pelajar-pelajar anak-anak Melayu keturunan Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti-Universiti tempatan atau luar negara.
  5. Menganjurkan Temasya Sukan PEMENANG untuk orang-orang Melayu diantara kampung-kampung dan mukim-mukim.
  6. Menubuhkan sebuah Syarikat yang diberi nama Syankat PEMENANG untuk kepentingan Ahli-Ahli dan orang-orang Melayu Pulau Pinang dalam bidang ekonomi dan hartanah. 
  7. Menganjur perjumpaan dengan Persatuan-Persatuan semua kaum yang bukan politik yang ada di peringkat Negen Pulau Pinang bagi membincang dengan tujuan menubuhkan Jawatankuasa Perunding Semua Kaum Peringkat Negeri (All Commnities State Liasion Committee) bagi mengeratkan muhibbah antara semua kaum serta menjalankan kegiatan-kegiatan kebudayaan, kesenian, sukan dan lain-lain dengan tidak sama sekali terlibat dalam hal-hal politik.

    PEMENANG akan terus bergerak dan bergiat bagi memenuhi hasrat dan cita-cita masyarakat Melayu di negeri ini selaras dengan asas dan tujuan PEMENANG sebagai suatu wadah dan suatu warisan bangsa Melayu.

     PEMENANG sentiasa sensitif dengan isu-isu seperti kebudayaan dan kesenian Melayu yang kian terhakis di negeri ini, dasar pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang kian merosot penggunaannya, peranan Majlis dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang mengawasi dan mengawal tanah wakaf orang-orang Islam serta melaksanakan tugas dan pentadbiran yang cekap selaras dengan Undang-Undang Majlis Agama Islam Pulau Pinang. PEMENANG tidak segan-segan akan menyuarakan pendapatnya serta memberi teguran yang membina mahupun secara mengutus surat dan memorandum ataupun secara siaran akhbar.

     PEMENANG yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpinnya sejak 1927 hingga kini telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Kita sebagai pewaris PEMENANG hari ini Insya-Allah, akan terus memberi tenaga dan khidmat bakti kita kepada masyarakat Melayu negeri ini menerusi persatuan yang telah berjasa ini, iaitu Persatuan Melayu Pulau Pinang atau PEMENANG.

 

Muat Turun:

Kisah Sejarah PEMENANG (.pdf)