Senarai Aktiviti 2011


24 Disember 2011 / 28 Muharram 1432H
Majlis Makan Malam PEMENANG dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) – Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 GAPENA & Sambutan Menjelang Ulang Tahun Ke-85 PEMENANG
Tempat : Dewan Banquet, Kem Markas 2 Divisyen Infantri, Kem Tun Razak Bukit Gedung, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Penaja : Syarikat Idaman Pharma Sdn Bhd
Anjuran :
  • Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
  • Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
Turut Hadir :
  • TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
  • Y. A. Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor binti Shariff

24 Disember 2011 / 28 Muharram 1432H
Kongres Perpaduan Melayu: “Memperkasa Ikatan Melayu – Menjamin Kelestarian Hari Esok”
Tempat   : Dewan Peperiksaan Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM)
Masa : 9.00 Pagi
Anjuran :
  • Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
  • Ikatan Kelab-Kelab Melayu Pulau Pinang (IKATAN)
Ucaptama Oleh : Y. Bhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia
Ahli Panel : Pengerusi Panel:  Y. Bhg. Prof Dato’ Ishak Tamby Kechik, Mantan Naib Canselor USM
Ahli Panel:

  • Tuan Haji Mohd Desa, Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara
  • Y. Bhg. Dr Azeem Fazwan Dato’ Ahmad Farouk Majid, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM

27 November 2011 / 1 Muharram 1432H
Hari Terbuka PEMENANG – Sempena Sambutan Awal Muharram (Maal Hijrah 1432H)
Masa 10:00 Pagi
Tempat Dewan Besar, Bangunan PEMENANG
Anjuran : Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
Aktiviti :
  • Penyampaian anugerah Tokoh PEMENANG 2011 kepada 5 orang tokoh
  • Majlis jamuan makan

13 November 2011 / 17 Zulhijjah 1432H
Majlis Pengisytiharan Rasmi Penukaran Nama Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa Pulau Pinang Kepada Sekolah Kebangsaan Tan Sri P. Ramlee Pulau Pinang
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Tan Sri P. Ramlee, Jalan Timah, 10150 Pulau Pinang
Anjuran :
  • Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang (GABUNGAN)
  • Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP)
  • Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
Pengisytiharan Oleh : TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

8 November 2011 / 12 Zulhijjah 1432H
Majlis Jamuan Makan Malam Untuk Meraikan Tokoh Kemerdekaan 2011
Tempat City Bayview Hotel Pulau Pinang, Pulau Pinang
Masa 8:00 Malam
Penerima Anugerah Y. Bhg. Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff 

7 November 2011 / 11 Zulhijjah 1432H
Majlis Qurban PEMENANG
Tempat Perkarangan Wisma Yatim Perempuan Islam, Jalan Scotland, Pulau Pinang
Anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
Korban  4 ekor lembu (4 kumpulan qurban) 
Selepas upacara qurban, daging-daging qurban telah diagih-agihkan kepada mereka yang berkenaan dan sebahagian daripadanya telah digunakan untuk jamuan makan tengahari bersama-sama penghuni kedua-dua rumah anak yatim lelaki dan perempuan. Jamuan tengahari yang disediakan berupa nasi minyak dan dalca serta sirap.

16 Oktober 2011 / 18 Zulkaedah 1432H
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-82 Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
Tempat Dewan PEMENANG, Bangunan PEMENANG, No. 60 Jalan PEMENANG, 10250 Pulau Pinang
Masa 10:30 Pagi

14 September 2011 / 16 Syawal 1432H
Majlis Jamuan Makan Malam Silaturahim 1432H / 2011 Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Tempat  Hotel Gurney Resort & Residences, Persiaran Gurney, Pulau Pinang
Masa 8.00 Malam
Jemputan
  • TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
  • Y. A. Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor binti Shariff
  • Pemimpin-pemimpin masyarakat, wakil-wakil pertubuhan Melayu, orang-orang kenamaan dan ahli-ahli PEMENANG serta orang-orang Melayu dan bukan Melayu.
Aktiviti :
  • PEMENANG meraikan anak-anak yatim dari Wisma Anak-Anak Yatim Lelaki dan Perempuan Pulau Pinang dan Anak-Anak Yatim India dari Ramakrishna dan The Salvation Army
  • Persembahan muzik oleh pancaragam “Heart Desire” di bawah pimpinan Encik Hilmi Irman bin Md Gouse.

22 Jun 2011 / 20 Rejab 1432H
Majlis Pelancaran Jejak-Jejak Warisan P. Ramlee
Tempat Galeri P. Ramlee, Jalan P.Ramle, 10460, Pulau Pinang
Anjuran
  • Kembara Dunia Travel & Tours Sdn Bhd,
  • Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
  • Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang (GABUNGAN)
  • Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP)
Turut Hadir Cucu-cucu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee 

29 Mei 2011
Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Sempena Ulang Tahun Ke-38 Sebagai Memperingati Pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
Tempat Perkarangan Rumah P. Ramlee, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang
Anjuran
  • Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang (GABUNGAN)
  • Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP)

8 Mei 2011
Larian Perpaduan 2011
Tempat : Perkarangan Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Pulau Pinang
Masa : 7:00 Pagi
Pelepasan Oleh : TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Ucapan Perasmian : Y. Bhg. Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, Pengerusi Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (merangkap Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang)

27 Mac 2011
Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Sempena Menyambut Ulang Tahun Ke-84 PEMENANG   
Tempat Dewan PEMENANG, Bangunan PEMENANG, No. 60 Jalan PEMENANG, 10250 Pulau Pinang
Masa 6.30 Petang 
Aktiviti :
  • Bacaan Yaasin dan Tahlil
  • Solat Maghrib berjemaah
  • Jamuan nasi

20 Februari 2011
Pertandingan Bola Sepak Perpaduan 2011 – Merebut Perisai Perpaduan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Tempat Padang Bola Sepak, Universiti Sains Malaysia, USM
Peserta : Kelab-Kelab Sukan Bola Sepak di Negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang
Penyampaian Hadiah : TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

 

 

Leave a Reply