2-saleh-profile- corakTuan Haji Salleh  bin Hashim telah dilahirkan pada 29 Ogos 1949  di Kampong Kubang Jawi, Kedah. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor,Pulau Pinang dari tahun 1956 – 1961 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam,Pulau Pinang dari tahun 1962 hingga 1963 dan menamat persekolahannya di Sekolah Menengah Batu Lancang Pulau Pinang pada tahun 1964.

Setelah tamat pengajian , dalam tahun 1964 beliau telah berkhidmat dengan Hospital Besar Pulau Pinang sebagai Pembantu Hospital dan seterusnya beliau memegang jawatan sebagai Pembantu Kesihatan ,Hospital yang sama sehinggalah bersara pada tahun 2005.

Semasa beliau berkhidmat di Hospital, beliau telah menceburi dalam badan-badan Kebajikan dan Kesatuan sekerja dan pernah menjadi:

  • Pengerusi Persatuan Kebangsaan Hospital Besar Pulau Pinang dari tahun 80an hingga tahun 2003
  • Naib Pengerusi, Badan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam Hospital Besar Pulau Pinang dari tahun 80an hingga tahun 2005.
  • Pengerusi KEMAS, HBPP dari tahun 1990 hinggalah tahun 2005

Dari sudut penglibatan beliau  dengan Badan-Badan NGO dan khidmat masyarakat , Tuan Haji Salleh  bin Hashim telah menyandang beberapa jawatan seperti:

  • Naib Pengerusi,Rukun Tetangga Sungai Gelugor dari tahun 1995 – 2005
  • Ahli Jawatankuasa ( Masa Tsunami) bersama MERCY Malaysia -2006
  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Perubatan Malaysia Cawangan Pulau Pinang dari tahun 1990 hingga tahun 2005

Dalam bidang Keagamaan Tuan Haji Salleh bin Hashim pernah memegang beberapa jawatan seperti:

  • Ahli Jawatankuasa Biro Agama PERKIM (Zaman Tunku Abdul Rahman Putra hingga sekarang)
  • Imam,Masjid Sheik Eusoff, Jalan Dato Keramat dari tahun 1985 – 1998
  • Imam ,Masjid Rawana ,Jalan Perak dari tahun 1998-2007
  • Imam,Masjid Taman Tun Sardon dari tahun 2007 hingga sekarang

Beliau sedia memberi khidmat nasihat Agama kepada belia-belia dan Jemaah Masjid yang memerlukannya.

Beliau juga menganggotai beberapa Badan KOPERASI seperti:

  • Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Sungai Gelugor Pulau Pinang Berhad dari tahun 1989 – 2006
  • Pengerusi, Koperasi Sungai Gelugor Pulau Pinang Berhad dari tahun 2006 hingga sekarang
  • Ahli Jawatankuasa, Koperasi Angkasa Negeri Pulau Pinang dari tahun 2013 hingga sekarang

Tuan Haji Salleh  bin Hashim sekarang ini adalah seorang Imam Masjid   sepenuh masa walau pun dalam kesibukan menjalankan tugas-tugas sehariannya beliau masih lagi dapat menyumbang tenaganya dalam bidang kebajikan dan kemasyarakat melalui pertubuhan dan persatuan yang dianggotainya.

Atas jasa-jasa ini , Tuan Haji Salleh bin Hashim   telah dianugerahkan dengan Bintang-Bintang Kehormatan seperti berikut:-

  • Pingat Pangkuan Negara (P.P.N ) – Persekutuan
  • Pingat Jasa Masyarakat (P.J.M) – Pulau Pinang
  • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K ) – Negeri Pulau Pinang