Tokoh Kemasyarakatan 2015 (Hajah Hasnah)

7-hajah hasnah corak profile

Puan Hajah Hasnah binti Akhbar Khan  telah di lahirkan di Jalan Permatang Tok Mahat,Parit Buntar, Perak  pada 30 April 1948 dan berhijrah ke Pulau Pinang bersama ibu bapanya. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sek.Ren Dato’Keramat Pulau Pinang pada tahun  1954 hingga 1960 dan seterusnya ke Sek. Men St.George Perempuan, Pulau Pinang dalam tahun 1961- 1963 dan bertukar ke sekolah Agama Al –Mashoor Pulau Pinang pada tahun 1964 hingga tamat persekolahannya pada tahun 1965.

Kerjayanya Puan Hajah Hasnah adalah seorang Ahli Perniagaan Automobile dan  kontraktor kelas F setelah berumatangga.  Dalam pada masa yang sama beliau mula berjinak-jinak dengan badan Politik dan badan-badan NGO, dimana beliau telah menjalankan aktiviti-aktiviti rutinnya seperti melawat dan memberi sumbangan kepada pesakit di hospital ,majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim dan ibu tunggal , menjadi pengadil untuk pertandingan-pertandingan memasak dan gubahan dan juga mengajar cara-cara membuat kueh-kueh dan biskut.

Minatnya dalam kerja-kerja kemasyarakatan bermula semenjak 1980 lagi . Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Wanita UMNO Kampong Dodol , Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Kg Dodol  dan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Jelutong  dan pada tahun 1990 beliau telah berpindah ke Bukit Mertajam dan masih bergiat dalam politik hingga sekarang

Puan Hajjah Hasnah juga tidak ketinggalan mencurahkan baktinya dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan dengan menganggotai dalam beberapa Badan dan Pertubuhan Kebajikan antaranya:-

  • Ahli Jawatankuasa dan Pengerusi Biro Ekonomi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perhubungan .Negeri Pulau Pinang
  • Pertubuhan Perkumpulan Perempuan(WI) Negeri Pulau Pinang
  • Naib Pengerusi (WI) Cawangan Tanah Liat
  • Pengerusi (WI) Daerah Seberang Perai
  • Naib Pengerusi II ,(WI) Negeri Pulau Pinang
  • EXCO WI Kebangsaan Malaysia.
  • AJK Wanita PERKIM Cawangan Bukit Mertajam
  • AJK Wanita Negeri dan AJK PERKIM Negeri Pulau Pinang
  • Ahli Jawatankuasa Puspanita Seberang Perai Tengah dan menjadi Pengerusi Biro Ahli Seumur hidup SPT
  • Naib Pengerusi PEMADAM –SPT dan Pengerusi Biro Wanita dan Penawar SPT
  • Ahli Jawatankuasa Perikatan Perempuan Melayu Pulau Pinang
  • Jawatankuasa Biro Wanita Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang
  • Bendahari PERKASA Bahagian Permatang Pauh
  • Ahli Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).
  • Ahli Persatuan Titian Kasih/Persatuan Bekas Perajurit dan Perstuan Ibu Tunggal Permatang Pauh.

Atas jasa-jasanya kepada masyarakat, beliau telah dikurniakan Bintang- Bintang Kebesaran Negeri oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang seperti berikut:-

  1. Pingat Jasa Masyarakat(P.J.M)
  2. Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K )