5-jumabik corak-profile

Puan Hajah Jumabi Bt Haji Mohamad telah dilahirkan di Bagan Pulau Pinang , pada 28 Mac 1962. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah di Sek. Ren. Convent Butterworth dari tahun 1969 -1975 (penilaian Darjah 5) Pada tahun 1976 hingga 1981  beliau telah mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sek Men. Convent ,Butterworth. Beliau meneruskan pengajian sehingga memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) di Sekolah Menengah Methodist Pulau Pinang dari tahun 1982 hingga 1984.Selepas tamat pengajian beliau telah mengambil ujian untuk Sijil Kecekapan Telekom Malaysia bagi membatu beliau didalam kerjaya yang diceburinya.

Disamping sibok dengan tugas-tugas harian beliau juga dapat menyumbangkan tenaganya dalam bidang Politik , Kebajikan , Kemasyarakatan dan pernah pernah menjadi Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai pada tahun 2000 hingga 2001 dan pada tahun 2007 Puan Jumabi telah dilantik sekali lagi untuk menjadi Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai sehingga Mac 2008. Tahun berikutnya iaitu pada tahun 2009 beliau terpilih untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Ahli Majlis Wanita Kerajaan Tempatan Malaysia sehingga hari ini.

Beliau sungguh berpengalaman dalam bidang Politik dan beliau memegang beberapa jawatan sejak tahun 1996 lagi, jawatan-jawatan yang disandang sehingga kini adalah seperti berikut:-

  • Setiausaha Wanita UMNO Pulau Pinang
  • Bendahari Wanita UMNO Pulau Pinang
  • Ketua Wanita UMNO Bagan
  • Pengerusi Biro Usahawan Wanita UMNO Malaysia
  • Pesuruhjaya Squad Sayang Parlimen Bagan
  • Dan kekal sehingga kini sebagai Ahli UMNO Bagan
  • dan Ketua Wanita UMNO Cawangan Bagan Jaya.

Puan Jumabi juga ,menganggotai dalam Badan-Badan  NGO  dan memegang beberapa jawatan penting seperti:-

  • Setiausaha Kehormat Ibu Tunggal Malaysia dan Pengerusi Negeri Pulau Pinang
  • Pengerusi MPWK Parlimen Bagan
  • Naib Amirah Negeri Pulau Pinang( SENADA)
  • Pengerusi KIM Butterworth (Komuniti Bistari)
  • Naib Pengerusi PEMADAM SPU
  • Bendahari JKPD , Sebarang Perai Utara
  • Penasihat Persatuan Ikhwanita Islam Parlimen Bagan
  • Lembaga Pengurus Maktab Wan Jah Butterworth.

Atas jasa-jasanya itu beliau juga telah dikurniakan Pingat –Pingat Kehormatan seperti berikut:

  • Darjah Johan Negeri (DJN) – TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
  • Kesatria Mangku Negara (KMN) – Persekutuan
  • Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) – TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) – TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
  • Jaksa Pendamai (JP) – TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang