Tokoh Kemasyarakatan (Encik Abdul Aziz Omar)

Encik Abdul Aziz Omar telah dilahirkan pada 19 September 1948 di Pulau Pinang dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Laki-Laki Dato Kramat dari tahun1955-1957 sehingga darjah 3,

Beliau melanjutkan persekolahannya di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang bermula dengan SM1,SM2 dan Standard 6 dari tahun 1958 hingga 1960 dan seterusnya ke Sekolah Menengah Westland  dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 4 dari tahun1961 hingga 1964.

Setelah tamat persekolahan,beliau telah bekerja dengan Majlis Perbandaran  Pulau  Pinang sebagai Juruwang ,kini beliau telah bersara dan meneruskan dengan kerja-kerja Kebajikan  dan Sukarela.

Encik Abdul Aziz  adalah seorang Ahli Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) . Kini beliau diberi jawatan sebagai Bendahari Kehormat PEMENANG disamping menjadi Ahli Jawatankuasa  untuk persatuan –persatuan yang sebumbung dengan PEMENANG

Selain PEMENANG beliau begitu aktif didalam badan-badan sukarela seperti:-

  • Persatuan Menolong Pesakit Kusta(MALRA) Pulau Pinang sebagai

Ahli Jawatankuasa

  • KOMUNITI 1 Malaysia Jalan Makloom – Bendahari
  • Koperasi Pekerja Melayu Pulau Pinang Berhad – ALK merangkap Bendahari
  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Nusantara,Pulau Pinang dan

sekarang beliau adalah Pengurus kepada Koperasi Pekerja Melayu Pulau Pinang Berhad

Encik Abdul Aziz Omar adalah seorang yang dikenali ramai di kampong Rawana, Jalan P.Ramlee dan kawasan sekitar.Beliau sedia memberi khidmatnya kepada masyarakat sekeliling dengan tidak mengira masa.

Atas jasa-jasanya ini, Encik Abdul Aziz telah dianugerahkan dengan Bintang-Bintang Kehormatan/Darjah Kebesaran/Pingat seperti  yang berikut:

  • Pada tahun 1998 di kuniakan pingat Jasa Masyarakat (PJM)
  • Pada tahun 2004 dikurniakan pula dengan Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
  • Dalam tahun 2007 sekali lagi penganugerah diterima iaitu Pingat Kelakuan Terpuji (PKT)