Tokoh Keusahawanan 2015 (Azmi)

3-azmi corak-profile
Encik Abdul Azmi bin Jaafar  dilahirkan pada 2 Disember 1959 di Rumah No-1168, Jalan Sentosa, Sungai Bakap sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak dan menetap di No 43, Jalan Merak 5, Taman Merak Jaya Simpang Empat ,Seberang Perai Selatan.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Methodist Nibong Tebal , Pulau Pinang pada tahun 1966-1971 dan melanjutkan pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Sungai Bakap  dari tahun 1972 hingga 1974 dan berpindah pula ke Sekolah Menengah Simpang Empat pada tahun 1975 – 1976 . Setelah tamat pengajian beliau mula bekerja sebagai sorang anggota Polis dari tahun 1979 dan sehingga bersara awal pada tahun 1983.Beliau juga aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili PDRM dalam Briged Utara.

Kini Encik Abdul Azmi bin Jaafar merupakan seorang usahawan kraf yang amat komited terhadap usaha membangunkan produk-produk kayu seperti gazebo, perabut kayu dan peralatan kelengkapan rumah yang unit dan kreatif. Beliau mempunyai sifat berdaya saing dan proaktif dalam meningkatkan pembangunan perniagaan dan perlu dicontohi dan ikutan tertama kepada usahawan muda sebagai Ikon Usahawan Berjaya

Pencapaian beliau dalam kerjaya sebagai seorang usahawan kraf telah memenangi beberapa anugerah seperti:-

  • Tempat ke- 2 di Export Furniture Exibition 2013 di Serdang Selangor anjuran Malaysia Timber Industry Berhad (MTIB)
  • Pada tahun 2013 memenangi tempat Ke-3 dalam hasil kayu di satu daerah satu industri di Melaka
  • 2014 – Juara Produk Kayu/Hasil Rimba dan Pemenang Juara Keseluruhan Produk sempena Hari Kraf Kebangsaan
  • 2014 Juara Produk kayu dan juara keseluruhan kategori kraf sempena Hari Flora di Putrajaya.
  • 2014 – Juara Produk Kayu/Hasil Rimba di pameran satu daerah satu industri peringkat kebangsaan di Melaka
  • 2015- Juara kategori kayu/hasil rimba di hari kraf kebangsaan

Walaupun beeliau sebok dengan  kerja-kerja hariannya tetapi beliau dapat meluangkan sedikit masa untukt membantu masyarakat setempat dan sekarang beliau menjadi Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Simpang Empat.

Atas jasa-jasa ini , Encik Abdul Azmi bin Jaafar  telah dianugerahkan dengan Bintang-Bintang Kehormatan seperti berikut:-

  1. Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 1986
  2. Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) 1999
  3. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) 2006