Tokoh Keusahawanan 2015 (Dato Fadzill)

8- fadzill corak-profileYBhg Dato’ Haji Mohamed fadzill bin Hassan telah dilahirkan pada 7 April 1958 di Rumah No-186-M, Jalan Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang.  Dilahirkan dalam keluarga yang kurang berada di mana ayahnya hanya bekerja sebagai seorang pemandu lori.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Air Itam sehingga tamat pengajian darjah 6.Berjaya melanjutkan pelajaran ke Penang Free School sehingga tamat tingkatan 5 pada tahun 1975.

Selepas tamat Tingkatan 5. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar,Ipoh didalam jurusan Kejuteraan Mekanikal. Sebaik sahaja tamat pengajian di Politeknik, telah mula bekerja untuk meringankan bebanan yang sedang ditanggung keluarganya walaupun mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semasa menuntut di Penang Free School dan Politeknik Ungku Omar, beliau bergiat aktif dalam acara-acara sukan dan persatuan yang membantu mengasah bakat kepimpinan.

Selepas tamat pengajian di Politeknik, beliau memulakan karier sebagai penyelia di kilang Hewlett Packard(HP) di Bayan Lepas Pulau Pinang.

Y.Bhg Dato’ Haji Mohamed fadzill bin Hassan becita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya sejak di bangku sekolah lagi, untuk mencapai hasrat ini kerjaya sebagai Penyelia telah ditingkatkan untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Beliau telah menceburkan diri dalam bidang pembinaan pada pertengahan tahun  1980an.Mendapat lessen Kelas “F” pada tahun 1987 dan melaksanakan projek-projek dengan Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Dengan rekod kecemerlangan yang dimiliki oleh Syarikat Fadzill Construction  Sdn Bhd , telah membolehkan dan berjaya dinaikkan taraf kepada kontraktor Kelas “B” selama 6 bulan dan pada tahun 1997 Syarikat Fadzill Construction  Sdn Bhd sekali lagi berjaya dinaikan taraf kepada kontraktor Kelas “A”. Selain dari melaksanakanprojek di Pulau Pinang, Fadzill Construction Sdn Bhd juga telah mendapat beberapa kontrak di kawasan Utara.

Y.Bhg Dato’ Haji Mohamed fadzill menyandang jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang(PKMMPP) semenjak tahun 2004 dan selaku Yang di Pertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang amat mensyukuri nikmat anugerah tuhan dan sebagai tanggungjawab sosial, sumbangan kepada individu serta organisasi-organisasi yang memerlukan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau dari segi membaik pulih bangunan dan sebagainya, Fadzill Construction Sdn Bhd (FCSB Sdn Bhd) dan Persatuan Kontraktor Melayu Negeri Pulau Pinang telah banyak  membantu dan memberi tunjuk ajar daripada pengalaman pahit manis  yang di tempuhi oleh FCSB Sdn Bhd sebagai kontraktor Kelas “A” kepada Kontraktor – kontraktor Kelas “F” yang merupakan ahli-ahli PKMMPP yang paling ramai  dengan tidak langsung dapat memberi semangat kepada kontraktor-kontraktor untuk mencontohi kejayaan Syarikat Fadzill Construction  Sdn Bhd.

Beliau adalah contoh usahawan yang berjaya didalam konteks pengurusan syarikat Contruction dan selaku YDP PKMMPP ,beliau telah menerima undangan untuk memberi ceramah motivasi kepada kontraktor serta peserta-peerta seminar anjuran CIDB dan PKK pada seluruh negara.

Atas jasa-jasa ini , Y.Bhg Dato’ Haji Mohamed fadzill bin Hassan telah dianugerahkan dengan Bintang-Bintang Kehormatan dan anugerah kecemerlangan daripada beberapa agensi seperti berikut:-

  • Tahun 2002- Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
  • Tahun 2008 -Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) oleh DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran “Dato’
  • Tahun 2002 Penganugerahn oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang sebagi kontraktor Cemerlang di dalam melaksanakan projek bagi tempoh yang telah ditetapkan.

Tahun 2008- Penganugerahan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi Anugerah IKON Bumi Putra Pulau Pinang 2008 dan Anugerah Khas Usahawan Bumiputra Pulau Pinang 2008 dalam tahun 2009.