1-Dato ibrahim corak-profile

YBhg Dato Haji Ibrahim bin Md Isa telah dilahirkan pada 21 November 1933 di Kedah dan telah mendapat pendidikan awal di Kolej   Sultan Abdul Hamid dari tahun 1947 hingga tahun 1953. Setelah tamat persekolahan,beliau telah dilantik sebagai Pegawai Penempatan Persekutuan di Pasir Mas,Kelantan. Beliau kemudiannya berkhidmat dengan Jabatan Penjara sebagai Pegawai Kedet.

Pada tahun 1962,beliau telah dilantik menjadi Pembantu Khas kepada Pesuruhjaya Penjara Persekutuan dan sebagai Pegawai Seranta Perhubungan di antara Penjara Kerajaan Thai dan Penjara Persekutuan Tanah Melayu. Menjelang tahun 1966, beliau dilantik sebagai Timbalan Penguasa Penjara di Jabatan Penjara Sungai Petani Kedah.  Beliau telah dihantar ke Tokyo untuk menjalanai Kursus Pencegahan Jenayah disamping meneliti kaedah-kaedah Industri Penjara untuk diperkenalkan di negara ini.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Penguasa Kanan Penjara (1974) di Kem Banduan Muda,Melaka, Penguasa  Kanan Penjara di Ibu Pejabat Jabatan Penjara yang bertanggungjawab ke atas Pusat Pemulihan Akhlak Pantai Jerejak dan Kem Tahanan Kemunting ,Taiping ,Perak. Beliau turut pernah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengarah Jabatan Penjara mengetuai bahagian latihan industry Penjaea dengan Malaysia,latihan banduan,kebajikan bekas-bekas banduan dan kebajikan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia

Disamping sibok dengan tugas-tugas harian beliau juga dapat menyumbangkan jasa bakti  dan  Kebajikan nya kepada masyarakat seperti memasang CCTV di Rumah Wisma  Anak Yatim, Masjid dan Sekolah Kanak-Kanak Cacat.

Y.Bhg Dato Haji Ibrahim Md Isa adalah seorang Ahli Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) . Ahli Persatuan Bekas Pegawai-Pegawai Penjara Malaysia,Ahli Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia dan Ahli Bekas Pegawai – Pegawai Kerajaan Negeri Kedah.

Atas jasa-jasanya ini, Y.Bhg Dato Haji Ibrahim Md Isa telah dianugerahkan dengan Bintang-Bintang Kehormatan/Darjah Kebesaran/Pingat seperti  yang berikut:

  • Pingat Ahli Mangku Negara(AMN) – Persekutuan
  • Pada tahun 2013 –Darjah Setia Pangkuan Negeri(DSPN) oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang  yang membawa gelaran “Dato”