Tokoh Keusahawanan 2017 (Datin Hajah Ros Suryati)

YBhg Datin Hajah Ros Suryati Binti Alang telah dilahirkan di Kedah , pada 19 Oktober 1960

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah .Kebangsaan Sidam Kiri,Kedah pada 1967 – 1972, setelah tamat Darjah 6, Pada tahun 1973,  beliau ke Sekolah Menengah Padang Serai,Kedah sehingga tamat  Tingkatan 5 dan memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).pada tahun 1977.

YBhg Datin sangat berminat dengan Bidang Perniagaan  dan dalam tahun 1978 beliau bekerja sebagai  Asst Front Manager di Merlin Group Hotel(Merlin Inn Butterworth  untuk mencari pengalaman.  Sekitar tahun 1983  hingga 1989 beliau mula bekerja di  The Orchard Hotel  kerana menerima tawaran yang lebih baik untuk menimba ilmu , jawatan yang disandang ketika ini ialah Asst Communication and Guest Relation Manager.

Setelah cukup menimba pengalaman bekerja ,beliau terus mencebur diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan sebuah Syarikat ,ADM Marketing Sdn Bhd, sebagai Pengarah Urusan dalam tahun 1998 hingga 2004., dalam masa yang sama beliau telah membuka 2 buah lagi syarikat dibawah pengurusannya iaitu Syarikat Sendang Emas Sdn Bhd dan Amalan Bahagia Sdn Bhd. Dalam Tahun 2000  beliau sekali menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama MNI Venture MR Mutiara Sepakat. dan ianya beroperasi sehingga kini.Perkhimatan yang ditawarkan seperti membekal makanan bermasak di Sekolah berasrama, Hospital Besar Pulau Pinang , Busana Pengantin / Pakej Perkahwinan dan Trading .

Didalam kesebokan mengendali syarikatnya, YBhg Datin Ros Suryati sempat mencebur diri dalam bidang Politik dan berkhidmat dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Penglibatan beliau dalam politik bermuala pada tahun 2012 dan memegang beberapa jawatan penting didalam Cawangan dan Bahagian ,UMNO Bayan Baru sehingga lah sekarang sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, UMNO Negeri dan EXCO UMNO Malaysia.

YBhg Datin  juga ,menganggotai dalam Badan-Badan  NGO  dan memegang beberapa jawatan penting seperti:-

  1. Pengerusi MPWK Parlimen Bayan Baru ,2008 hingga sekarang
  2. Pengerusi Persatuan Mutiara Kasih Negeri Pulau Pinang, 2008-sekarang
  3. Ahli Lembaga, Pelawat Hospital Lam Wah Ee(Kementerian Kesihatan Malaysia) bermula dari tahun 2010 sehingga kini.
  4. Ahli Lembaga, FINAS – 2015-kini
  5. Aahli Lembaga Pengarah, Yayasan Pendidikan Bayan Baru , 2015 hingga kini
  6. Penasihat, Koperasi Ibu Tunggal Bayan Baru. 2013- kini
  7. Pengerusi, Persatuan Pengusaha Pencuci Kereta sejak tahun2014 hingga sekarang.

Atas jasa-jasanya itu beliau juga telah dikurniakan Pingat –Pingat Kehormatan seperti berikut:

  • Kesatria Mangku Negara (KMN) – Persekutuan
  • Darjah Johan Negeri (DJN) – TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
  • Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) – TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) – TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang