Tokoh Pendidikan 2015 (Datin Sabariah)

4-sabariah corak-profileYBhg Datin Sabariah Binti Md Noor  telah dilahirkan  pada 24 hb April 1959 di Bayan Lepas , Pulau Pinang. Beliau memperolehi pendidikan awal Di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas dari tahun 1966 hingga 1971 dan di Sekolah Menengah  Kebangsaan Raja Tun Uda  dari tahun 1972- hingga 1976. Beliau meneruskan pengajiannya di Maktab Perguruan Persekutuan Kinta ,Ipoh pada tahun 1978 hingga 1979

Dalam tahun 1980 hingga tahun 2005 beliau telah bekerja sebagai seorang pendidik, menjadi Guru di SMK Perempuan Methodist , Pulau Pinang dan dari tahun 2005-2006 di SK Perempuan Methodist, Pulau Pinang sebagai Guru Besar(DGA34) dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar Cemerlang (DG38) di SK Jalan Residensi Pulau Pinang dari Tahun 2006 hingga bersara pada bulan April  2015 (bersara secara sendiri )

Semasa Y.Bhg Datin Sabariah masih berkhidmat beliau telah dianugerah beberapa anugerah perkhimatan cemerlang atas daya usaha beliau sebagai seorang Pendidik  dan Pengetua :-

  • Tahun 1995 – Anugerah Cemerlang Menegak
  • Tahun 2007 dan 2013 – Cemerlang
  • Tahun 1998 – anugerah sebagai guru cemerlang Bahasa Melayu Menengah Rendah.
  • Tahun 2011 – Anugerah Guru Besar Cemerlang.

Beliau merupakan seorang yang aktif dan menitik berat dalam Ilmu Pendidikan :-

  • sejak tahun 2000 sehingga tahun 2004 beliau dipertanggungjawab untuk memeriksa kertas Bahasa Melayu PMR tingkatan 3.
  • Menjadi jurulatih utama KBSM Bahasa Melayu Menengah rendah sejak tahun 1990 hingga tahun1992.
  • Menjadi hakim syarahan Bahasa Malaysia SJKC selama 2 tahun(2008-2010)
  • Sebagai pembentang kertas Bahasa Melayu PMR ringkasan cerita dalam EDUCON 2005, Penceramah Teknik menjawab soalan PMR Bahasa Melayu dari tahun 1998-2005
  • Penolong Setiausaha Majlis Guru Besar Timur Laut pada tahun 2006 dan seterusnya pada tahun 2007 hingga tahun 2010 beliau dilantik menjadi Setiausaha
  • Penolong Pengerusi Guru Besar dari tahun 2011-2013
  • Panel Penyedia fail meja Guru Besar dan manual prosedur kerja Guru Besar Peringkat Negeri Pulau Pinang dari tahu 2008 hingga Jun 2009

Dari segi sumbangan Kebajikan dan kemasyarakatan,beliau telah menyertai beberapa badan dan menjawat pelbagai jawatan seperti:-

  • Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang
  • Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Bina Ilmu Pulau Pinang
  • Ahli Se umur hidup Perkumpulan Wanita Islam PERKIM Cawangan Timur Laut
  • Ahli Seumur hidup Persatuan Titian Kasih Pulau Pinang
  • Ahli Jawtankuasa Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Pulau Pinang
  • Ahli seumur Hidup PUSPANITA Negeri Pulau Pinang
  • Ahli Seumur Hidup Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
  • Dan Ahli Kelab Peminat P.Ramlee Pulau Pinang.
  • Ahli Seumur Hidup WI Cawangan

Atas jasa-jasanya ini, YBhg Datin Sabariah Binti Md Noor  telah dianugerah dengan Darjah Kebesaran Negeri seperti berikut:-

  • 2010 – Pingat Jasa Mayarakar(P.J.M) oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
  • 2012 –Pingat Kelakuan Terpuji(P.K.T) oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang

Beliau juga adalah seorang yang peramah dan senang dihubungi. Beliau sedia memberi khidmat dan nasihatnya jika diperlukan dengan tidak mengira masa.