6-tengku- corak-profile

YM Tengku Hajah Hamidah binti Tengku Mahadi telah di lahirkan di 45 ,Jalan Patani ,Georgetown ,Pulau Pinang pada 12 Disember 1946 iaitu anak kepada seorang yang terkenal di Pulau Pinang dan juga merupakan seorang bekas Bendahari dan Naib YDP PEMENANG selama beberapa tahun.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampong Jawa, Pulau Pinang dari tahun 1954 -1955 dan berpindah pula ke Sekolah Rendah Convent Pulau Tikus,Pulau Pinang pada tahun 1956 -1959 .

Pada tahun 1960 hingga 1965 beliau menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Convent Pulau Tikus dan meneruskan pengajiannya ke Tingkatan 6, di Penang Free School ,Pulau Pinang dari tahun 1966 hingga 1967.

Beliau kemudiannya telah diterima masuk ke Universiti Malaya dan tamat dengan memperolehi  Sarjana Muda Sastera Ekonomi dan Bahasa Melayu dalam tahun 1968 dan kemudiannya meneruskan pengajiannya  di Universiti yang sama pada tahun 1972 bagi memperolehi Diploma Pendidikan.

Pengalaman mengajar oleh YM Tengku Hajah Hamidah binti Tengku Mahadi sehingga beliau bersara pada 20 Disember 2002 adalah seperti berikut:

1972-1975 –        Sekolah Menengah Sri Mutiara Pulau Pinang (selama 31/2 tahun)

1975-1995 –        Penang Free School Pulau Pinang (selama 20 tahun)

1995-1996  –        Sebagai Penolong Kanan Bahasa selama setahun di Sekolah Hj Zainal Abidin, Pulau Pinang

1996-1998  –        memegang jawatan sebagai Timbalan Pengetua-Hal Ehwal Pelajar selama 2 tahun

1998-1999  –        Timbalan Pengetua Kanan di Sekolah Menengah Padang Polo, Pulau Pinang dan

1999-2002  –        Sebagai Pengetua di sekolah yang sama selama 5 tahun sehingga bersara

YM Tengku Hajah Hamidah binti Tengku Mahadi adalah seorang yang aktif , dalam tahun 1980an, pada 20 Disember 2002 dan menjadi tenaga pengajar untuk Kursus Bahasa Melayu untuk guru-guru bukan Melayu dan juga  guru sambilan untuk Kursus Bahasa Melayu di Pusat Bahasa dan terjemahan,USM pada pertengan tahun 1990an dan seterusnya pada tahun 2006 hinggalah sekarang sebagai Guru mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Wisma Yatim ,Pulau Pinang.

Beliau juga tidak ketinggalan menyumbang tenaga baktinya dalam bidang kemasyarakatan dan kebajikan serta dikenali ramai dan senang didekati oleh pelajar-pelajar sekolah bagi mendapatkan nasihat tentang pelajaran mereka.,antara Badan-Badan lain yang di anggotainya adalah:-

  1. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang
  2. Persatuan PERKIM Bandaraya Pulau Pinang
  3. Persatuan PESARA Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Bendahari selama 8 tahun dari tahun 2006 – 2011) –(Ahli Jawatankuasa mulai tahun 2012 hingga sekarang)
  4. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Negeri Pulau Pinang (Ahli Biasa)
  5. Sahabat Arkib Negara.

Atas jasa-jasanya ini YM Tengku Hajah Hamidah binti Tengku Mahadi telah dianugerahkan Pingat Jasa Kemasyarakatan (P.J.K ) oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 2013