Tokoh Pendidikan 2017 (Dato Seri Md Salleh Yaapar)

YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr Md Salleh Yaapar telah dilahirkan di Permatang Rawa, Kepala Batas, Seberang Perai pada 20 Disember 1946.

YBhg Dato’ Seri telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Gebu, Seberang Perai ,Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah  St Mark, Bagan Ajam, Seberang Perai. Pulau Pinang.

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kelas 2 Atas) daripada Universiti Malaya, Sarjana Sastera daripada University of the Philippines, Quezon City, Sarjana Sastera dan Doktor Falsafah (Pangkat Cemerlang) daripada Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat.

YBhg Prof Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar ialah seorang Profesor Kesusasteraan Bandingan merangkap Ombudsman di Universiti Sains Malaysia. Beliau juga adalh seorang Pengerusi, Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan Distinguished Fellow di Centre for Malay World and Islamic Civilization, International Islamic University Malaysia. Beliau ialah penerima pertama Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia), penerima Anugerah Perdana Penyelidik Sastera dan Budaya Melayu Prolifik (Yayasan Buku Negara), Anugerah Sastera Perdana (Buku, DBP) dan Anugerah Sastera Perdana (Makalah, DBP). Beliau juga adalah anggota Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (Lantikan Kerajaan Malaysia).

Prof. Md. Salleh adalah mantan Penyandang European Chair of Malay Studies, di Leiden University, Belanda. Sebelumnya, beliau ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, semuanya di Universiti Sains Malaysia.

Prof. Md. Salleh telah menerbitkan hasil penyelidikannya di dalam pelbagai jurnal antarabangsa seperti :-

  • Journal of Management, Spirituality and Religion;
  • Journal of Asia Business Studies;
  • International Journal of Applied Psychoanalytic Studies;
  • Asian Journal of Social Science;
  • The Muslim World;
  • Indonesia and the Malay World;
  • GEMA: Online Journal of Language Studies; dan
  • Kunapipi: Journal of Postcolonial Writing & Culture.

 Buku-buku dan monografnya termasuklah :-

 Mysticism and Poetry: A Hermeneutical Reading of the Poems of Amir Hamzah,

  • Kesusasteraan Bandingan dan Kesusasteraan Asia Tenggara Abad ke-21,
  • Pilgrimage to the Orient
  • Cultural Encounter and Religious Engagement in Nurturing World Peace
  • Lessons from Selected Literary Works and Authors.

Prof. Md. Salleh juga adalah Ketua Pengarang jurnal:

  • Malay Literature (Malaysia) dan
  • Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu (Malaysia).

Pada masa yang sama, beliau juga adalah:-

  • Ahli sidang penasihat antarabangsa bagi Dimension: Journal of Indonesian and Malaysian Studies (Hamburg),
  • IMAN: International Journal of the Malay World and Civilization (Malaysia) dan Jurnal Pengajian Melayu (Malaysia),

serta ahli lembaga pengarang Tafhim:

  • IKIM Journal of Islam and the Contemporary World (Malaysia)
  • Kemanusiaan: Asian Journal of Humanities (Malaysia).
  • Penasihat Program Penyelidikan Kearifan Tempatan, Universiti Sains Malaysia.

Atas jasa-jasanya ini, YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr Md Salleh Yaapar telah dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran Negeri  seperti  yang berikut:

  1. Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) , 2007 dengan gelaran “Dato”
  2. Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN), 2013 dengan gelaran “DATO‘ SERI ”