Tokoh Pendidikan 2017 (Prof Emeritus Omar Farouk)

YBhg. Profesor Emeritus Dr Omar Farouk Sheikh Ahmad telah dilahirkan pada 16 Februari ,1947 di alamat 41 Jalan Kelawei Pulau Pinang

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu  Kelawei,Pulau Pinang dalam tahun 1952 hingga 1954  dan Sekolah Rendah Westland dari tahun 1955 – 1958.

Beliau telah melanjutkan pelajaran di sekolah Menengah Georgetown,Pulau Pinang dari 1959 hingga 1963 dan kemudiannya ke Institut Pengajian Tinggi berikut:-

  • Malayan Teachers College, Kuala Lumpur pada tahun 1966 -1967

(beliau juga terlantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Persatuan Pelajar dan kemudiannya menjadi Setiausaha Agung pada tahun 1967)

  • Universiti Malaya Kuala Lumpur dari tahun 1972-1975
  • University of Kent  at Canterbury, England  dari tahun 1975- 1980

Diantara tahun 1968 hingga 1971 beliau begitu giat dalam bidang Kesatuan Sekerja, dan pernah dilantik sebagai Setiausaha  Kesatuan  Guru-Guru Malaysia Cawangan Kelantan, Setiausaha CUEPACS cawangan Kelantan dan Setiausaha MTUC, Cawangan Kelantan.

Beliau telah mendapat kelayakan professional dan akademik seperti berikut:-

  • Certificate in Education-Bachelor of Arts( First Class Honours) University of Malaya,
  • Doctor of Philosophy (Politics & Government) University of Kent ,England.

Profesyen atau jawatan beliau adalah sebagai seorang Guru ,Pensyarah , Profesor dan sekarang sebagai Profesor Emeritus di Hiroshima City University ,Japan

Perlantikan professional beliau bermula pada tahun:-

  • 1994 – .2012 , Profesor, Hiroshima City University
  • 2012 – 2014 . Profesor, Dean of the School of Humanities and Social Sciences dan juga sebagai Timbalan Naib Canselor  Albukhary International University
  • 2013 – -2014 – sebagai Pemangku Naib Canselor di universiti yang sama.
  • 2017-Julai 2017, Profesor, Pusat Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia . Pulau Pinang.

Beliau juga pernah menceburkan dirinya dalam Persatuan-Persatuan Antarabangsa seperti :

  • Kent Society, England
  • International Peace Research Association
  • Japan Middle East studies Association
  • Peace Studies Association of Japan
  • Malaysian Studies Association of Japan
  • Malaysian Social Science Association

Prof Dr Omar Farouk juga memikul sebahagaian tanggungjawab tambahan diantaranya menjadi :-

  • Pemerhati Pilihanraya Antarabangsa dibeberapa Negara termasuk Afghanistan,Thailand dan Nepal.
  • Higher Degree Examiner for PhD, MA,BA) university of Malaya, university of Sabah University Of Brnei dan University of Sindh.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pengelola National Institute for Humanities, Islamic Area Studies 1st International Conference 2008 , Kuala Lumpur
  • Ahli Jawatankuasa Pengurusan The 2nd International Conference in Cairo 2009 dan 3rd International Conference in Kyoto,2010
  • External Fellow: Universiti Kyoto dari tahun 1994 hingga sekarang dan Universiti Hiroshima ,Japan dari tahun 2012 hingga 2018.

Selain dari beberapa komitment penting ini, beliau juga menganjurkan seminar dan workshops seperti Asia Pacific Peace Research  Association  2017, di Universiti Sains Malaysia, baru-baru ini.

Prof Dr Omar Farouk juga berminat dalam bidang penulisan  dan telah menerbitkan beberapa buah buku diataranya:-

  • Omar Farouk(with Miichi,Ken)eds.Southeast Asian Muslims in the Era of Globalization,Palgrave-MacMilan,New York,USA 2015
  • Omar Farouk,Muslims in Lower Mekong: Ideas and Practices of Cleanliness” in Ikuya Tokoro.ed Islam and Cultural Diversity in Southest Asia Tokyo,University of Foreign Studies,2017
  • Omar Farouk”Islam and Multiculturalism : Challenges and Prospects” in Tetsu Akiyama Wkako Kumakura and Ryuichi Sugiyama eds, International Seminar on Islam and Multiculturalism:History, Challenges and Prospects 2016, Tokyo Japan: Organization for Islamic Area Studies, Wasena University,March 2017.
  • Omar Farouk Bajunid: Islam in the Japanese Media: Between Prejudices and Promises” in The Journal of International Studies, College of Law,Government and International Studies Universiti Utara Malaysia,Volume 4,2008, pp.1-17
  • Omar Farouk Bajunid.”Islam,Nationalism an the Thai State” in Wattana Sugannasil,ed, Dynamic Diversity in Southern Thailand. Chiangmai: Silkworm,2005