YBhg Dato’ Dr Azhar bin Amir Hamzah, telah dilahirkan pada 11 Julai 1977 dan merupakan seorang Anak Jati Sungai Pinang ,Pulau Pinang. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan St Xavier’s Insititution, Jalan Farquhar, Pulau Pinang  dan mendapat keputusan cemerlang dalam pemeriksaan UPSR

Dato’ Dr Azhar merupakan pelajar serba boleh , meraih 8A1 dalam peperiksaan SRP dan salah seorang pelajar terbaik negeri Pulau Pinang, Beliau dianugerahan Biasiswa Public Bank di atas kejayaan peperiksaan SRP dan terpilih untuk  menyambung Tingkatan 4 dan 5 di MRSM Taiping, Program Khas Pendidikan (PKP). Di MRSM Taiping , bakatnya cukup terserlah apabila memenangi anugerah Johan Pemidato Terbaik Peringkat Kebangsaaan , Johan Perbahasan peringkat Kebangsaan, Pertandingan Kuiz Matematik dan Sains.

Bakat dan kebolehan beliau bukan sahaja terserlah dalam bidang akademik , malah dalam bidang penulisan dan perbahasan dan sukan sekolah. Beliau memenangi pertandingan bahas dan pidato, serta mendeklamasi  Bahasa Inggeris and Bahasa Melayu peringkat sekolah dan negeri Pulau Pinang. Beliau  memenangi pertandingan Esei Perhutanan anjuran UPM dan meraih naib johan peringkat kebangsaan .

Minatnya dalam bidang perubatan berputik apabila beliau memenangi pertandingan Tunas Saintis Muda Kategori Biologi peringkat kebangsaan sebagai johan. Belaiu menjalankan kajian merawat penyakit kencing manis dengan tumbuhan herba pokok hempedu bumi.

Beliau berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan merupakan 60 pelajar ‘batch’ pertama yang terpilih memasuki program khas Pra Perubatan International Islamic University Malaysia (IIUM) yang julung kali diperkenalkan. Beliau terpilih sebagai pelajar tebaik Program Pra Perubatan IIUM dengan CGPA 4.0 dan seterusnya memperolehi Ijazah MBBS dengan jayanya.

YBhg Dato’ Dr Azhar telah berkhidmat di beberapa Hospital Kerajaan di Pulau Pinang,Seberang Perai, Bukit Mertajam,Jerantut Pahang, Kuching Sarawak , Kuala Lump[ur, Selayang dan sekarang ini di Hospital Universiti Sains Kebangsaan, Kubang Kerian Kelantan.

Beliau meneruskan cita citanya untuk menjadi  seorang pakar bedah dan menyambung pengajian ijazah sarjana MMED General Surgery USM dan seterusnya MRCS (Glasgow, UK)

Minatnya dalam bidang Urologi begitu mendalam. Beliau meneruskan pengajiannnya dalam bidang pembedahan Urologi selama lima tahun lagi , dan berjaya meraih Malaysian Board Certified Urologist dan Fellow of Royal College of Surgeons (FRCS) (Urology)(Glasgow, UK).

Beliau meneruskan latihan dalam bidang kanser urologi atau Uro Onkologi di Austalia, seterusnya Laparoscopic and Minimally Invasive di India dan Prostate Enucleation Fellowship di China. Beliau meraih anugerah berprestij ‘Tun Suffian Scholar’ pada 2015, terpilih sebagai Member of European Urology Association (EUA) pada tahun 2016 dan American Urological Association (AUA) pada 2017.

Beliau telah menulis hampir 90 artikel penyelidikan perubatan dan jurnal perubatan , menerbit 7 buah buku perihal penyakit dan perubatan , lebih daripada 100 artikel untuk bacaaan umum seperti sains , perubatan , Bahasa, matematik, psikologi dan agama.

Beliau telah mengajar dan mendidik kira-kita 400 pelajar perubatan yang kini telah menjadi doktor dan doktor pakar di seluruh tanah air, melatih 58 pakar bedah yang kini menjadi pakar bedah di Malaysia.

Dato’ Azhar telah memperkenalkan pelbagai teknik pembedahan urologi terkini di Hospital USM Kubang Kerian,Kelantanseperti “Supine PCNL” – kaedah pembedahan batu karang terpantas, “TUERP- kaedah selamat pembedahan prostat’, serta pembedahan laparoscopic dan laser .

Dato’ Dr Azhar aktif menjalankan pelbagai aktiviti membantu komuniti khususnya pesakit yang miskin dan susah.

Beliau telah mengusahakan dana untuk membantu pesakit kanser prostat di Hosp USM dan menubuhkan Persatuan Urologi USM. Beliau percaya kemudahan kesihatan yang baik adalah hak bersama. Beliau juga telah menganjurkan kempen pencegahan dan pengesanan batu karang dan masalah prostat di setiap daerah di negeri Kelantan. Malah kini beliau melalui program kerjasama IPPT USM Pulau Pinang telah memulakan klinik Urologi di Kepala Batas, khusunya untuk membantu komuniti Melayu Pulau Pinang yang susah.

Dato’ Dr  Azhar aktif dalam pelbagai persatuan sukarela dan professional. Beliau pernah menjadi pengerusi persatuan Perubatan Malaysia (MMA-SCHOMOS) , peringkat kebangsaan, Timbalan pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan dan Yang dipertua PIBG Penglibatan beliau dalam persatuan sukarela meliputi kira- kira 65 persatuan termasuk persatuan beruniform.

Beliau sebelum ini merupakan pakar urologi peribadi kepada Allahyarham Murshidul Am Tok Guru Nik Aziz Nik Mat selama 8 tahun , pernah merawat beberapa orang kenamaan dan kerabat Diraja

Beliau berharap dapat terus memberi sumbangan dari segi khidmat perubatan urologi dan pendidikan perubatan kepada semua warga negara Malaysia amnya dan masyarakat Melayu Pulau Pinang amnya.

Atas jasa-jasanya ini, YBhg. Dato’Dr Azhar Hamzah telah dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran seperti  yang berikut:

  1. Darjah Paduka Setia Mahkota Kelantan ( PSK) – 2012
  2. Darjah Indera Mahkota Pahang ( DIMP) – 2016 yang membawa gelaran “Dato’

YBhg Dato’Dr Azhar adalah Ahli Seumur Hidup PEMENANG dan kedua-dua Ibu Bapanya juga adalah Ahli  Persatuan Melayu Pulau Pinang.