Tokoh Seni 2017 (Encik Abass)


Encik Abass bin Abu Bakar telah dilahirkan pada 23 April 1952 di Kampong Makam, Datok Keramat, Pulau Pinang.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Dato’ Keramat dari tahun 1959 hingga 1964 dan seterusnya melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi  sehingga tamat sekolah pada tahun 1969.

Encik Abass Bakar mula berminat dalam seni muzik bergiat dalam bidang muzik sejak di bangku sekolah lagi dan menyertai beberapa kumpulan muzik tempatan ketika zaman remaja diantaranya:-

  • Kumpulan SAM BOYS
  • Kumpulan D’EVERGREEN
  • Orkes TERUNA RIA bersama L Ramli

Selain sebagai seorang pemain muzik, beliau juga adalah seorang pemain gitar dan pernah menjadi Juara Gitaris Terbaik sekolah-sekolah Seberang Perai dan memenangi Persembahan Terbaik Kumpulan Muzik dalam tahun 1967 dahulu.

Encik Abass Bakar merupakan seorang Pengubah lagu, penulis lirik,penulis skrip hiburan,penerbit album pemain Muzik dan Penyanyi serta sebagai perujuk untuk filem-filem Melayu lama dan lagu-lagu dalam filem lama.

Dalam tahun 1988 beliau mencipta lagu Mutiara Pusaka dan Boria Pi Mai Pi Mai Tang Tu untuk negeri Pulau Pinang yang mana lagu-lagu ini dimainkan di radio dan Televisyen sehingga kini.

Beliau juga sering dijemput untuk menjadi pengarah hiburan  untuk Majlis-Majlis Makan Malam dan sebagai pengadil untuk pertandingan-pertandingan lagu untuk program RTM, Badan Kerajaan dan Swasta dari masa kesemasa dari dahulu hingga sekarang.

Sekarang beliau masih aktif dalam bidang muzik dan berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa SENIMAN dan Biro Kebajikan ARTIS VETEREN semenjak tahun 2007 lagi.

Dalam tahun 1997 beliau telah di kurniakan  darjah kebesaran dan pingat kehormatan Negeri Pulau Pinang iaitu Pingat Kelakuan Terpuji(PKT) diatas jasa – jasanya dalam bidang muzik.

Beliau pernah melibatkan dirinya dalam UMNO dan sempat mencipta lagu SEHATI SEJIWA khas untuk UMNO .

Beliau juga berkecimpung dalam badan-badan kebajikan sukarela serta sentiasa sedia memberi khidmat baktinya jika diperlukan.