Tokoh Seni 2017 (Rocky Din)

Bagi penggemar muzik tahun 60an pasti ingat lagi dengan nama  penyanyi Rocky Din yang popular bersama kumpulan The Rockies.Tidak di nafikan yang nama Rocky cukup popular dalam bidang seni suara ini lah orangnya Encik Mohd Hashim Mohd Sharif atau lebih di kenali dengan panggilan Rocky Din.

Encik Mohd Hashim  telah dilahirkan pada 16 Ogos 1949 di  Jalan Kedah, Pulau Pinang

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Tanjung Tokong, Pulau Pinang pada tahun 1956-1961 dan kemudiannya melanjutkan pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Georgetown,Pulau Pinang pada tahun 1962-1965. Selepas tamat persekolahan beliau bekerja di Lembaga Letrik Negara yang sekarang ini Tenaga Nasional Berhad.(TNB)

Beliau mula berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak dibangku sekolah lagi Pengalaman pertama dalam tahun 1965, beliau menyertai pertandingan Tiru Gaya Elvis Presley di Panggung Cathay ( sekarang Mydin Mall, Penang Road) .Di dalam pertandingan ini, beliau mendapat tempat ketiga , tempat pertama di menangi oleh Rocky Chong dan kerana kesilapan pengacara majlis pada masa itu dan menyedari kesilapannya dia menyuruh beliau naik juga ke pentas ,dari situlah beliau mendapat jolokan nama sebagai Rocky Din ( Elvis Presley Malaysia) dan nama ini kekal hingga hari ini .

Walau bagaimanapun beliau terus bekerja di LLN (TNB) dan berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap disana selama 20 tahun. Semasa di Kuala Lumpur beliau terus menyanyi dan beliau ditawarkan sebagi Penyanyi untuk Pancaragam The KILAT BANK bersama Penyanyi lain seperti Allahyarham Latif Ibrahim , Dato’ Malik Redzuan dan Norain Noor, mereka ini adalah kakitangan LLN ketika itu.

Dalam tahun 1975 – 1977 beliau turut menyertai Pertandingan Bintang RTM dan pada satu ketika bersama Allahyarham  Sudirman Haji Arshad. Sekiranya kita masih ingat dengan lagu Popular “UNDILAH” setiap kali pilihanraya lagu ‘undilah’ pasti berkumandang di corong radio. Lagu ‘ Marilah mari ..kita ..mengundi  merupakan nyanyian Rocky Din , lagu itu adalah ciptaan Johari Salleh dalam tahun 1977 beliau terimat dengan RTM ,Masa bekerja dengan RTM banyak juga lagu-lagu patriotik dan kempen yang di dendangkannya.Selain daripada itu  beliau juga sering dijemput untuk mengadakan pertunjukan-pertunjukan amal.

Beliau juga pernah menghasikan Album Disco Cha-Cha bersama Mariam Ahmad,Sharifah Noraini Hang Mokhtar dan Nurli Ismail pada tahun 1993, beliau telah merakamkan sabuah album lagi iaitu “ Chintaku Chintamu yang diterbitkan oleh Allahyarham M.Sharif

Pada tahun 1994 beliau telah ditawarkan untuk membuat Album dengan syarikat OMARA Production  dan  sekarang beliau sepenuh masa bekerja sebagai penyanyi di PAN MUTIARA RESTORAN, di Batu Maung Pulau Pinang.

Atas Jasa dan penglibatan beliau dalam dunia seni beliau telah di Kurniakan Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) oleh TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 2017.